Monday, December 20, 2010

SINETRON:BUKAN DIRIKU



Drama "Bukan diriku" berkisah tentang sepasang kekasih iaitu Rio dan Ayla yang kerja kat syarikat pengiklanan.Rio ni seorang yang workaholic dan seorang yang susah yang nak luahkan perasaan dia walaupun dengan awek dia sendiri,Ayla. Secara tidak langsung ini membuatkan yang Ayla rasa Rio tu tak bersungguh-sungguh mencintai dia. Rio juga selalu lupa janji dia pada Ayla.Sedikit demi sedikit Ayla akan rasa putus asa dengan sikap Rio dan dia minta break up. Lepas tu, Rio baru rasa menyesal dengan sikap dia dan berusaha untuk memenangi hati Ayla ni semula. Rio sememangnya sangat sayang kat Ayla.


Sempena hari ulang tahun kelahiran Ayla, Rio nak hadiahkan sebentuk cincin untuk Ayla dan dia minta Ayla datang jumpa di suatu tempat yang dijanjikan. Ayla mulanya agak keberatan nak pergi tapi bila dapat tahu dari Marina iaitu kawan sekerja dia, tentang Rio yang dah buat persediaan dari awal untuk Ayla tu so dia pun setuju nak jumpa Rio.Ketika Ayla mahu melintas jalan, datang sebuah kereta yang dipandu laju oleh Ariel yang sememangnya mahu melanggar dia, tapi diselamatkan oleh Rio yang akhirnya terbunuh sebab selamatkan Ayla.



Ariel anak majikan di tempat Ayla dan Rio bekerja dan dia sudah pun bertunang dengan Livi anak pengurus syarikat yang berusaha sama dengan sayrikat Ariel,tapi ada skandal dengan Marina, kawan sekerja Ayla. Selain itu Ariel juga bersifat pentingkan diri dan mengjengkelkan. Dia pun cuba nak mendekati Ayla tapi tak dilayan. So dia agak benganglah sebab kehendak dia tak dituruti.

Selepas Rio terbunuh sebab menyelamatkan Ayla, Rio mendapati roh dia masih hidup,kiranya yang mati hanyalah jasad dia dan bukannya roh dia. Dan ketika dia dalam keadaan keliru memikirkan keadaan itu seorang jururawat menerangkan fenomena yang berlaku kepada Rio juga terjadi pada dirinya. Rio telah meminta jururawat terbabit untuk membantu dia.


Secara kebetulan, Ariel turut tercedera ketika cuba melanggar Ayla dan dia pun koma di hospital. Pada saat inilah jururawat terbabit mencadangkan Rio untuk memasuki jasad Ariel. Rio bersetuju dengan cadangan jururawat tersebut kerana dia beranggapan dengan cara ini dia boleh sentiasa mendekati Ayla dan dia nak luahkan rasa cinta dia pada Ayla. Namun demikian,masalah lain pula timbul kerana Rio agak sukar mendekati Ayla pada mulanya sebab Ayla sememangnya membenci Ariel. Rio hanya hidup pada roh tapi sebaliknya jasad ialah kepunyaan Ariel.

Rio yang berada dalam badan Ariel telah memutuskan pertunangan dengan Livi ketika mereka sedang memilih gaun pengantin. Akibat dari malu dengan peristiwa terbabit, Livi telah membunuh diri. Ayah Livi yang kecewa dengan kematian anaknya bertekad untuk menghancurkan hidup Ariel. Disamping itu, pelbagai masalah perlu dihadapi oleh Rio yang berada didalam badan Ariel. Ariel yang jahat mempunyai ramai musuh, dikaitan dengan pembunuhan seorang lelaki bernama Anton dan juga tentang skandal dia dengan Marina.


Rio yang berada dalam badan Ariel telah terperangkap dalam dilema ini, dan macam mana dia nak mendekati dan luahkan perasaan cinta dia kepada Ayla. Rio tidak boleh memberitahu Ayla yang dia ialah Rio sebabnya roh dia akan terpisah dari jasad Ariel so nanti dia tak dapat luahkan perasaan cinta kat Ayla. Kiranya peluang dia sangat tipislah. Rio tiada pilihan lain selain menjadi Ariel untuk terus memerhatikan Ayla.

Namun demikian, Rio sebenarnya tak dapat menerima kenyataan sekiranya Ayla melupakan dia. Adakah Rio akan berjaya memenangi hati Ayla dengan menggunakan jasad Ariel? Macam mana semua masalah Ariel perlu ditanggung Rio? Adakah Rio akan bagitahu siapa sebenarnya dia disebalik tubuh Ariel? Nantikan kesudahan kisah ini.


Pelakon Utama:
Baim Wong
Ririn Dwi Ariyanti
Betrand Antolin


Pelakon Pembantu:

Ray Sahetapy
Debbie Cynthia Dewi
Rama Michael
Fikri Ramdhan
Shireen Sungkar
Andrea Dian
Eno TB

Lagu Tema: Bukan diriku 
Nyanyian: Samsons




Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik

Yang ada di hatimu


Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku



Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu



Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku



Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu



Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku



Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku

5 comments:

immukmin said...

lawak r cite ini eya....ada unsur2 tidak logik di situ...hohoh..tapi..agak..complicated r..hohohho

::FAIZ:: said...

wo... cam best la roh2 ni... hehe...

Mya Amyra said...

ea.best ouh cerite ne

다(da)양(yang) said...

best gak crita ni kn...
wlupun....hehehe...
:)

azieda razak said...

salam perkenalan...
tak tgk sgt cite ni.. sbb sinetron indon da lama2 membosankan... huhuhu... jgn marah... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...