Thursday, October 28, 2010

Gamaliel, Audrey dan Eya Nadia

video
enjoy watching this video



Lama aku tak layan video dekat youtube. Banyak yang baru-baru dan aku suka. Tapi yang pasti pencarian aku tertumpu kepada Gamaliel Tapiheru dan Audrey Tapiheru. Dua beradik ni memang punyai bakat besar yang hebat.




aku minat korang



Video yang aku letak ni antara yang terkini dari mereka. Tidaklah baru di muat turun, adalah lebih kurang empat bulan lalu tapi bagi aku baru. Namapun lama tak layan, so memanglah jakun sikit. Macam biasalah hasilnya memang memuaskan. Dan sekali lagi aku terpesona pada kelunakkan suara dua beradik ni. Sampai aku asyik ulang-ulang dengar sampai beratus-ratus kali setelah aku bluetooth ke Handphone aku.

Fuh, kalaulah aku ni punya suara lunak berkrim lagi mantap macam dua beradik ni, mesti Lee Min Hoo si pelakon korea yang comel lagi macho tu terpikat dengan aku kan. (mesti korang baca sambil buat kening berkerut dan cakap perasannya)







Pada aku, menyanyi adalah salah satu seni yang menarik. Seni yang indah. Seni yang penuh kejutan dan punyai rahsia tersendiri. Aku memang pencinta seni. Suka menyanyi dan perasan juga kadang-kadang macam penyanyi. Siapa kata suara aku tak merdu dan sedap didengar, cubalah dengar. (sila jangan percaya)

Kalau korang rasa gembira atau sedih mesti korang lagi semangat mahu dengar lagu bukan? Macam aku, boleh  menangis kesedihan sampai tahap air mata tujuh tempayan yang mengalir (over giler) kalau dengar lagu sedih. Kadang-kadang lagu sedih yang aku dengar tu aku tak faham pun. Mana tak dah lagu tu dalam bahasa latin, faham pulak akukan. Tapi dengar muzik dia sedih dan mendayu-dayu rasanya penyanyi tu tengah nyanyi kisah yang sedih agaknya.



Jangan malu untuk menangis
 Jika boleh melegakan hati



Okay, tentang nyanyi dan muzik ni aku teringatlah time aku kecik-kecik dulu. Aku pernah nangis berguling-guling. Marah sampai hidung kembang kuncup dengan nafas laju bak kereta F1 dan memekik-mekik dekat mama (ampunkan dosa anak mu ini) minta dihantar ke  kelas piano. Aku nak belajar main piano. Tapi mama tak bagi. Bagi macam-macam alasan. Memang panas sangat rasa hati. Sedihnya. 

Dan sekarang minat itu tak pernah padam. Cuma aku tak tahu bila aku dapat peluang nak belajar. Sekarang ni pun, aku akui aku sedikit rasa jealous dekat adik-adik tiri aku sebabnya diaorang dihantar belajar piano. Mama aku ni orangnya sukar di ramal. Aku kadang-kadang rasa dia macam tak sayang aku, tapi kadang-kadang mama baik dengan aku. 






Habis cerita mama aku tu, tak cerita nanti aku sedih. Berbalik kisah nyanyi tadi aku ada juga nostalgia tersendiri. Buat pertama kalinya aku masuk pertandingan nyanyi ialah dekat sekolah rendah. Aku darjah tiga time tu dan cikgu yang pilih untuk wakil kelas sempena minggu bahasa inggeris. Aku ingatlah nama cikgu aku,(mendiang) Cikgu Chai. Dan lagu yang aku kena nyanyi  Que Sera Sera. Korang mesti tahu lagu ni.




Lagu yang nostalgia aku,
 korang mesti selalu nyanyi time kecik-kecik



Tapi nak dijadikan cerita, setelah aku berhempas pulas practice hari-hari, Tup, tup tiba hari pertandingan aku terlupa dan aku tak datang sekolah sebab ikut mak cik dan anak-anaknya pergi mana entah aku tak ingat. Banganglah weh. Aku sesungguhnya tak teringat langsung tentang pertandingan nyanyi tu dan apa yang merasuk aku time itu sampai aku pergi ikut diaorang. Sampai sekarang aku rasa bersalah dekat Cikgu Chai sebab penat je dia train aku. Dui Bu Qi, Chai Lau Shi ( dalam mandarin-yang bermaksud : Maaf,cikgu Chai)




Aku rindu kat cikgu aku time sekolah rendah.



Menyanyi itu akan tetap jadi minat aku sampai bila-bila dan nanti ada masa aku akan buat satu video (bolehlah tutup telinga dengar suara aku nanti) Dan aku teringin mahu ada abang macam Gamal tu dan akulah si Audrey adik yang back up abang dia. Tingginya alahai angan-angan aku. Yelah, nama pun anak tunggal so sudah tentulah aku mahu ada adik beradik sedarah sedaging, seibu dan sebapa. Tapi aku bersyukurlah, aku ada adik tiri. Dan sekarang walaupun tak berapa nak rapat.






P/s: Janganlah korang malu nak nyanyi di khalayak ramai kerana keberanian ini membantu korang untuk tampil lebih yakin apabila berhadapan dengan jumlah manusia yang ramai nanti. Dan yang pasti, sayangilah adik-beradik korang okay.

Monday, October 25, 2010

Hamba Drama


Aku memang jenis suka layan drama-drama. Tapi semenjak aku tinggal dekat hostel since tingkatan enam dulu maka aku pun jarang sangat dapat ikuti drama-drama aku macam biasa. Kalau dapat tengok alih-alih hero sudah bertukar, tak pun entah bila masa heroin beranak, dan sebagainya. Bila keadaan itu berlaku,aku pun jadi tak berapa nak semangat untuk tonton sampai habis cerita. Sebab aku dah tak faham jalan ceritanya.


Alkisah zaman tu mana ada penggunaan Youtube secara meluas atau boleh tonton ulangan dekat internet macam sekarang. So,aku lebih sudi membeli cakera padatnya. Senang cerita. Tapi tak semua cerita tu adalah. Tu yang frust. Mana tak tengok cerita separuh jalan. Wattafak la weh.

Paling menjadi nostalgia pada aku ialah tentang cerita yang aku pun tergeliat lidah nak sebutnya time kecik-kecik dululah, "Prinzessin Fantaghiro". (kalau siapa-siapa klik terjemahkan sendiri guna google translate) Nama pun kecik-kecik dulu manalah aku terror cakap omputeh ni.


Kenapa aku suka cerita ini? Yang pertama pengaruh dari mama aku yang sanggup bersengkang mata malam-malam buta tengok cerita ni. Aku masih ingat cerita ini ditayangkan dekat TV2. Seminggu kalau tak silap dua atau tiga kali ditayangkan.

Sebab kedua pengaruh cahaya televisyen yang memancar dekat muka dan mata aku yang sudah tidur then terjaga. Mama akulah saja je nak tengok TV dalam bilik,bukannya nak pergi ruang tamu. Alang-alang aku tak boleh tidur tu yang aku layan sampai aku pun terus terjebak.


awas! kepada kaki TV  mata anda akan dapat cahaya macam ni

Sebab ketiga sudah tentunya hero dia yang handsome pada akulah, tak tahu pada pandangan orang lain. Padahal aku time tu kecik lagi, baru darjah dua dah pandai falling-fallling ni beb. (Sumpah gatal aku ni kan.) Perasan tak ingat dunia dan tak padan budak kecik. Sebab pengaruh cerita ni agaknya aku jatuh cinta monyet dekat anak jiran mak cik aku. Tak pasal-pasalkan. ( malu aku dengan budak tu sampai sekarang)


Ni watak hero kedua (antagonis)- Nama diaTarabas 

Sebab keempat,yang ni bersifat pemikiran. (wah tak sangka kecik-kecik lagi aku sudah pandai berfikir secara kreatif dan berinovasi) Aku sangat kagum dengan manusia yang buat drama fantasi ni. Macam tak masuk akal tapi aku terhibur. Kebetulan bertambah hebat lagi drama ni berlatarkan zaman istana-istana dan pahlawan,ala-ala cerita "Prince of Persia". Confirm kalau suruh budak zaman sekarang tengok diaorang tak nak.



Tapi satu jelah aku tak suka tentang cerita ni, aku tak habis tengoklah weh. Menjadah tol kan. Penat je dok layan baik punya tapi ending tak tengok. Oh tidak, aku frust tahu! Kalau muat turun dekat internet sekarang pun belum tentu ada sari kata. Tapi impian dan harapan aku untuk tengok balik dan terutama part ending tu masih ada lagi sampai sekarang. Nantilah aku cuba usahakan.

p/s: Sesiapa yang pernah tengok cerita ni, atau adalah agaknya cerita ni bolehlah kiranya share dengan aku. Kerjasama anda amatlah dihargai.

Sunday, October 24, 2010

Kau tiada tolok bandingannya

Sudah lama sebenarnya aku mahu buat entry khas untuk sahabat baik aku yang seorang ini. Pengarang jantung hati aku. Kalau kau lelaki dah lama kita jadi couple kan sayang. Mesti sekarang kita sudah menyambut ulang tahun menjadi couple yang ke 4 tahun. (okay berhenti mengarut)


Aku memang sangat pasti semua orang di dunia ini perlukan teman. Tak kiralah teman hidup (ketika mati tak boleh teman dah), teman sejati, teman istimewa, teman pergi tandas malam-malam (terutama pelajar perempuan yang tinggal dekat hostel) dan macam-macam temanlah. Ikutlah nak klasifikasikan apa jenis teman yang dimahukan. Dan aku juga tidak terkecuali perlukan teman. Teman aku dikala suka dan duka, dikala aku susah dan juga senang.


Sharifah Fauziana binti Wan Kebrawi@Kiprawi, inilah nama yang tercatat dalam kad pengenalan dia di tepi gambar budak hingusan. Memang dia hingusan pun. Sebab sampai sekarang aku berani jamin hidung dia selalu dapat penyakit selesema. Nasiblah anti body aku kuat,kalau tak selama aku bersama dengan dia aku pun dilabel budak hingusan juga. 


Antara sebab aku kembali berblogging pun sebab dia. Mula-mula dia senyap aku aktif tapi sekarang kami mahu sama-sama aktif. Thanks la babes bagi aku semangat yang sudah hampir berkubur. Menggelarkan dirinya sebagai cik dara kononnya (pirah-ayat yang selalu kau cakap) dan aku pun tak sangka kau nak pilih nama tu. Nanti kalau kau dah berlaki tukar lah ke puan dara pula.


Aku sangat berbesar hati sebab impian aku mahu kau jadi first followers aku sudah tercapai. Terima kasih G.G nama manja yang aku bagi dekat dia. Aku pun tak tahu mana datang idea G.G tu. Sedangkan semua orang panggil dia MBOK. Tak pe nanti sampai mati kau akan ingat aku. Sebab aku seorang panggil kau macam tu.


Mesti kau rindu dekat aku kan? Siap post email dekat aku. Tak pernah-pernah kau buang tabiat buang macam tu. Nampak sangat kau kedekutlah tu nak mesej atau call aku kan. (muka jahat) Tapi apa-apa pun aku hargainya dan kau pun tahu aku rindu giler babeng sangat dekat kau. Kalaulah boleh kita ulang balik zaman tinggal dekat asrama itu aku nak sangatlah. Yang paling penting kenangan pergi pantai tu kau ingat tak? (mesti kau bengangkan dengan cikgu itu)


P/S: Nanti kalau kahwin jangan lupa jemput aku dan aku mahu jadi tetamu vvip okay. (wah demand membe kau ni kan)

Intro: Kata alu-aluan dari Eya Nadia



Aku bagaikan dilahirkan semula. Dilahirkan untuk lebih peka terhadap perkembangan disekeliling aku. Maksud aku, menjadi orang yang baru tapi tetap dengan identiti yang sama. Aku tetap aku. Mana boleh bertukar jadi Lisa Surihani, jauh sekali Tiz Zaqyah mahupun Diana Danielle. Jauh panggang dari api, bagai langit dengan bumi aku hanya memiliki kecantikan sederhana tapi cukup manis untuk dipandang. (tipu je ni)




Okay sempena pembukaan blog baru aku ini, aku cuma berharap dapat menambah lagi pengetahuan sedia ada aku disamping aku sendiri memang suka mengarang walaupun aku bukanlah sebagus orang yang lebih berpengalaman. Dengan berbesar hati serta jiwa dan raga aku minta diberi tunjuk ajar kalau ada yang salah dan apa yang aku tidak tahu. Aku sememangnya suka terima segala teguran terutama yang membina dan bukan mengkondemkan aku.

Tentang aku pula secara terincinya kalau aku cerita sampai esok lusa pun tidak akan tamat bagai kisah telenovela yang panjang berjela-jela sampai bosan tunggu mahu habis. Cukup aku melalut.





Secara ringkasnya aku masih pelajar yang menuntut jurasan perakaunan. Seorang yang sukar diramal perlakuannya. Suka bercakap dan bercerita sampai kawan-kawan yang dengar tertidur (mesti mereka bosan). Banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan dari keluarga kerana mereka sibuk. Nampak garang dan brutal tapi suka warna merah jambu (kantoi dah). Dan yang pasti aku memang belajar berdikari dari kecil dan sekarang aku lega kerana aku boleh di kateogorikan insan yang kuat emntal dan fizikal. Macam orang selalu kata,pengalaman mematangkan kita dan menjadi guru yang paling penting dalam melalui kehidupan di hari mendatang.





P/S: Maaf jika ayat aku sedikit skema. : ) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...