Sunday, December 19, 2010

WANGSA MAJU HERE I COME:PART 2

Tidak ada orang jemput,jauh sekali ada yang sudi nak hantar.So kena naik bas pergi sendiri. Dari kecik sampai besar semua kena buat sendiri. Umur 7 tahun pun aku dah pandai naik bas tambang untuk balik rumah dari bandar. Nasiblah tiada orang berminat nak culik aku masa tu. 


Berbekalkan alamat yang diberi oleh Housemate yang aku tidak kenal lagi masa tu aku ambil teksi untuk pergi wangsa maju.Terjadi satu insiden yang agak membengangkan aku dengan orang teksi. 

Situasi 1

Lokasi: Stesen Bukit Jalil
Masa: Sekitar pukul 4 Petang
Tarikh: 5 Disember 2010

Hamba Allah: Adik nak pergi mane?
Nadia           : Wangsa maju. Berapa tambang?
Hamba Allah: Area mane tu?
Nadia           : Seksyen 2, dekat LRT and Jusco Alpha Angle.
Nadia           : Berapalah tambangnya?
Hamba Allah: Itu abang tak tahulah. Tanya orang teksi ni.
Orang Teksi : RM 42 bolehlah,kasi jalan terus adik.
Nadia           : Kurang sikit tak boleh ke?
                     (Mahal seyh aku mengomel dalam hati)            
Orang Teksi : Jalan banyak itu sesak lah adik ini hari.
                    Pasang meter lagi kasi bayar lebih. Amacam? Boleh?
Nadia          : Okay bolehlah. RM 42 je tau. Jangan ubah-ubah.
                    (aku tak banyak pilihan dan terpaksa bersetuju)     
Orang Teksi : Naik itu teksi adik.RM 2 sini bayar dulu.
Nadia          : Barang saye ada dekat hujung sana,dekat bas.
                    (Bayar RM 2 dekat sini ke,aku cakap dalam hati)


Orang teksi tu bawa aku pergi dekat barang-barang aku dekat dengan bas. Saat dia tolong aku angkat barang agak tercungap-cungap jugalah aku tengok. Oleh kerana dia tercungap sedikit tu then dengan selamba badak dia bagitahu aku,

Orang Teksi : Ini macam kasi RM 45 lah adik. Ada kasi angkat barangkan.
Nadia            : Apa RM 45 pula?
                     (aku tunjuk muka tak puas hati)

Aku rasa nak bom je orang teksi tu!

Wattafak la kau weh, baru tolong angkat barang aku satu kotak je kau minta charge RM 3. So keseluruhan aku kena bayar RM 45 lah kiranya. Oleh kerana aku dah naik teksi dia dan barang-barang pun dah letak dalam teksi tu mahu tak mahu aku terpaksa bersetuju. Dalam hati aku sangat bengang, tadi dah janji tak ubah harga then mungkiri janji pula. Cakap tak serupa bikin la lu Macha. 

Situasi 2


Lokasi: Dalam Teksi (yang mungkir janji tu kan)
Masa: Nak dekat pukul 5 Petang
Tarikh: 5 Disember 2010

Aku tak banyak cakap dalam teksi gara-gara benganglah dengan Macha si pemungkir janji ni kan. So aku pun layanlah Handphone aku lagi baik. Sepanjang perjalanan nak pergi Wangsa Maju aku tak nampak pun jalan sesak seperti yang sedia maklum. Dasarlah kau wahai orang teksi yang mungkir janji, kau tipu aku lagi weh. Sumpah tak de kesesakan lalu lintas langsung. Aku memang tak sabar nak blah keluar dari teksi ni tahu. 

Nadia          : Pergi Seksyen 2,dekat dengan LRT.
Orang Teksi : Mana jalan rumah kamu. Mana itu seksyen 2?
Nadia          : Awak tak tahu ke? Saya mana tahu.
                   (Lain kali tak payah hantar kalau tak tahu)
Orang Teksi : Ini tempat saya tidak biasa juga. Ini jalan ka?
Nadia          : Ini jalan la saya rasa. Belok kanan.
                    (Aku main belasah je dan bertambah bengang.
Orang Teksi : Mana tempat? Betul ini jalan?
Nadia          : Eh, rasa macam salah jalanlah. Patah baliklah.
                    Sekejap saya call kawan tanya.

Aku pun call Hueda untuk bertanyakan jalan unyuk pergi seksyen 2 malangnya Hueda tak dapat nak menerangkan walaupun dia tahu. Senang cerita susahlah la nak cerita dalam telefon. Dan aku bertambah cuak dan bengang. Kebetulan ada seorang mamat yang sedang duduk dekat perhentian bas saat teksi melalui jalan tersebut dan orang teksi tu cakap,

Orang Teksi : Kasi tanya ini oranglah.
Nadia          : Hah?
                   (Aku hanya mampu buat reaksi terkejut) 
Orang Teksi : Mana itu jalan mahu pergi LRT?
Mamat Itu   : Jalan terus lagi lepas tu belok kiri nanti jumpa.
Orang Teksi : Teruska? Okay terima kasih.


Orang teksi tu ikut direction yang mamat tu bagi dan finally aku rasa aku dah semakin hampir dengan seksyen 2. Aku sedikit gembira. Tapi masalahnya aku tak pasti mana kawasan rumah aku. Aku kan tak datang tengok,main setuju je. Tapi akhir aku jumpalah rumah tu. Tak boleh harapnya orang teksi. Kalaulah aku ni pelancong asing yang tak tahu langsung pasal Malaysia ni agaknya manalah kau hantar aku.

Inilah, cabaran aku yang pertama kali naik teksi dimana orang  teksi tak tahu tempat. Pencen jelah weh dari bawa teksi. Finally, hari yang aku nantikan tiba. Kalau dulu aku selalu pergi Wangsa maju sebab pergi rumah Hueda dengan Azim. Now,aku sendiri dah tinggal dekat sini. Aku masih risau dan agak excited mahu mulakan hari baru aku dekat sini.Hidup berdikarilah katakan.


P/s : Kepada orang teksi yang tak tahu dan tak pasti jalan lain kali jangan ambil risiko nak hantar orang tu, jangan pentingkan duit semata-mata yang penting kepuasan pengguna terhadap service yang diberi.

1 comment:

Mustaqim Abdul Rahman said...

lain kali kalau sesat atau teksi tatau jalan tepon abg acai...tutup mata pun tak sampai...wkwkwkwkwkwkw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...