Sunday, November 27, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

My grandma I miss you.

Attitude upgrade. I will. No more break promise.

1 thing that really2 make me crazy already.

REMOVE IT SOON, give me time.

Thursday, November 3, 2011

JADI PEKA BUKAN PEKAK

Apa ni kak tak de cerita baru pun. Nak baca cerita baru.
(Omelan kawan aku yang kami gelar"Adik" buat aku sedikit peka)

Aku ni boleh tahan jugak perangai hangat-hangat taik ayam katanye. Mana tak mula-mula buat second blog ni janji hari-hari nak update blog konon. Pirah. Aku boleh BOOO diri aku. Janji tinggal janji. Buat sekian kalinya aku telah buat diri sendiri kecewa. Betullah kata mama aku ni kejap itu, kejap ini. Entahlah. Aku betul-betul jadi loser sekarang. 

Nak pergi mandi bunga boleh?

Ada kaitan ke.


.......................................................................................................................................................

Buat kawan ku yang tak lagi bergigi besi tu. Nah ni update aku untuk tatapan kau! (Wah ayat nak touching kan)  Hak Hak .

Entry come back kali ni sempena ulangtahun blog "hidup segan mati pun tak mahu ni" yang pertama. 
Aku tak nak dah jadi pekak. Aku nak jadi peka.Memandangkan tahun 2011 ni tinggal lagi berapa hari saja lagi nak berlalu, so aku mesti buang perangai hangat-hangat taik ayam aku tu.Jika ada mana-mana doktor yang sudi nak menawarkan khidmat percuma nak rawat aku ni dia alu-alukan. :)

Sebab kenapa aku jadi pekak bukan peka 


1) Aku dilanda ujian Maha hebat bertubi-tubi
Kawan aku siap cakap aku patut pergi mandi bunga tolak bala. Hak Hak. Takpelah aku mandi shower dekat rumah aku je. Lagi jimat. Tapi alhamdulilah, benda ni buat aku lagi kuat. Lagi matang, lagi kenal hidup ni. Lagi tahu siapa kawan dan siapa lawan. Macam orang cakap setiap kejadian tu ada hikmahnya. Tipulah aku kata aku sedikit pun tak goyah. Menangis jugak la aku dibuatnya cukup 10 baldi air mata aku tu. (Hiperbola sungguh ayat)

2) Masalah kewangan yang serius
Aku start datang KL last december. Pejam celik nak dekat setahun aku tercampak dekat sini. Aku pun rasa cam baru semalam aku mai sini. Aku datang sini sebab latihan industri la. Lepas dah habis tu aku terus kerja. Sebab kalau aku balik rumah pun aku tak tahu nak buat ape. Aku bukan macam kawan-kawan lain. Mereka ada rumah sendiri. Aku menumpang je kat rumah orang.  Dah nama pun duduk sorang, so aku kenalah tanggung sendiri semua keperluan dari sewa rumah, bil hinggalah makan semua. Pernah ada 20sen je dalam purse. Itupun tak nak habiskan sebab nenek pesan purse jangan dibiar kosong. Aku berazam nak langsaikan semua hutang. 


3) Hidup berdikari jauh dari family
Memang selama ni aku hidup jauh dari mereka tapi kali ni memang tanpa siapa-siapa dekat KL ni. aku soranglah. Rasa sunyi sangat. Nasiblah ada kawan-kawan yang banyak membantu. Thanks korang.

4) Cinta
Ada entry lepas aku cakap im taken. Tapi ni tak bermakna aku tak lonely. Hal ni agak sensitif. Kesimpulannya aku rasa aku memang tak bertuah dalam cinta. Sob. Sob.

5) Result study yang hampeh
Nama je belajar akaun, tapi serius aku bukannya terror pun matematik! Aku tak tahulah sama ada impian aku nak belajar art and design akan tercapai ke tak. Umur sudah berapa. Mama pun bising selagi aku tak tak kerja tetap. Cubalah dia bagi sikit semangat kat anak dia ni.


6)Masalah kesihatan
Masalah usus berdarah aku kembali. Aku ingat dah ok. Tapi dia datang balik. Sebab dah kena kali kedua buat aku trauma. Mungkin ada kali ketiga kalau aku tak beringat. Sebab sakit nilah kot aku rasa aku berjaya menyusutkan badan tanpa diet. Dan lagi aku tak de duit even nak beli kuih RM1. Selalulah jugak aku makan bubur nasik yang bubuh air dan garam je. Kadang-kadang tak makan terus tertidur sebab malas nak rasa sakit tahan lapar. Macam nilah agaknya perasaan orang-orang kat somalia tu. Kelaparan. Buat aku insaf dan hargai makanan.

7)Mangsa keadaan
Aku jadi mangsa keadaan. Aku memang jenis tak boleh tengok orang susah. Tapi aku pun sengal sebab tak fikir akan diri sendiri dulu sebelum nak tolong orang lain. Last-last makan diri. Benda ni buat aku setuju dengan kata-kata, janji tinggal janji. Semoga Allah bantu aku jauh-jauhkan dari mereka-mereka yang janji tinggak janji ni dari aku.

8)Kerja 
Sebab masalah kewangan dan mangsa keadaan aku kena kerja keras untuk langsaikan semuanya.Nak tengok aku cuti pun payah. Kerja kalau bukan 12 jam sehari memang tak sah lah. Ikut hati malas dan nak cari kerja lain. Tapi apa kan daya. :(


So aku tak nak dah jadi pekak. Aku nak jadi peka untuk kebaikan diri aku. Aku tak kan biarkan mistake yang sama berulang lagi. Aku harap korang doakan la aku jugak ok . Thanks. Tuhan akan balas kebaikan korang walaupun sekecil biji sawi pun!

Monday, July 25, 2011

KOSONG

Hang out with my fwen for Movie
Bersama keluarga melancong ke Bali
Thanks sayang dinner tadi
Jom konvoi pergi majlis tunang sepupu aku

Ye ...
Aku mengeluh tatkala saat baca status-status ni dak display kat wall fb
Aku jarang nak updates or state aku keluar dengan siapa

Manenye kawan.. mereka ada hal masing-masing
Manenye family, entah ingat ke tak
Manenye buah hati, senyap je
Manenye ada orang nak ajak aku pergi keramaian

I need someone to talk..
I need someone to share..
I need someone to care..
I need someone to love..
I need someone to be with..

Ada orang tanya macam mane nak jadi setabah aku
Ada orang tanya macam mane nak jadi setenang aku
Ada orang tanya macam mane nak jadi sekental aki
Ada orang tanya macam mana nak jadi sepenyabar aku
Ada orang tanya macam mana nak berdikari macam aku
Ada orang tanya macam mana nak jadi berani

Jawapanya : Marilah cuba jadi aku.

Aku dah rasa putus asa.
Dulu impian aku setinggi gunung..
Semangat aku berkobar-kobar
Aku yakin segalanya akan baik-baik saje

Tapi sekarang semuanya berbeza..
Aku dah putus asa
Teramat

Aku bukan orang jahat.
Jauh sekali suka menyakiti orang lain
Jauh sekali menganiaya orang lain
Jauh sekali mendengki orang lain

Tapi bad luck yang aku asyik alami ni
Ape ye hikmahnya?
Kenapa Allah uji aku?
Kenapa tanpa henti ujian tu..
: (

Saturday, July 2, 2011

TALK TO MY SELF

Today is my second day after resign from my work as wedding planner. Something shit happen to me yesterday. I hate the Bank Rakyat ATM machine. This is second time dia buat hal. My mood totally change after the ATM machine tak keluarkan duit aku eventhough when I check my account balance is.... then where the money that i request? Shit kan? Kau ambil duit aku. Tak pasal nak kene berurusan di kaunter. I need to wait for another 14 days to get back the money. Hurmmmmm... Seyes aku miskin sekarang. Lusa nak bayar sewa rumah dah. Mane nak datang duit bayar tu?


Sejujurnya tahun ni aku rasa sangat tak best. Sebabnya banyak benda tak best yang happen. Start from tempat praktikal. Yang orang-orang dalamnya sangat dingin kalah ais dan always nak marah-marah kalah orang datang bulan. Nasib la aku tak sign contract nak stay situ for the six month even dah janji. Ye part tu aku memang rasa bersalah and berdosa la. Sebab ada janji yang aku tak tunaikan. Tapi siapa suruh layan aku macam shit kan. So aku just follow syarat kolej je lah, 3 month and lecturer pun dah bagi kan.


Masalah..masalah..masalah.. family? Study? kerja? duit? tempat tinggal? masa depan? hala tuju? All of this thing asyik bermain dalam fikiran aku sekarang ni. Seriously aku tak tahu dah nak buat apa. Semalam aku ni macam mangsa kes rompak dok nanges di tengah-tengah orang ramai dekat Mall. Menangisi nasib yang bak kata orang sudah jatuh ditimpa tangga. Bertubi-ubi. I really need someone to entertain me. Talk to me. :( Arrrgghhhhhhhh.....

Friday, June 24, 2011

MUHASABAH CINTA

Badan : Aku tak rasa kau gila
Jiwa : Aku tak tahu.
Nyawa :Setiap yang berlaku ada hikmahnya,

Badan : Kau sihat, bijak. Berfikirlah sebaiknya.
Jiwa : Aku tak pasti.
Nyawa : Hargailah setiap kehidupan kau.

......................................................................................................................................................

JIWA. Dia selalu mengeluh akan nasib dirinya. Dia selalu merasakan dirinya malang, kesunyian, kurang kasih sayang, tidak diberi perhatian, dihina, ditindas, dan lebih menyedihkan insan lain selalu mengambil kesempatan mempergunakan dirinya demi kepentingan masing-masing. Semangatnya semakin hari semakin pudar dek segala kepritan yang sering dilaluinya. Dia meratapi nasibnya itu dengan iringan air mata, dan sering menyalahkan orang lain. Bah kan dia pernah terfikir untuk mengakhiri riwayat hidupnya disaat tekanan yang di alami sudah mencapai tahap yang maksima.

.......................................................................................................................................................

Lagu ini buat kamu Jiwa. Kau harus tabah. Orang yang nak mati pun nak hidup lebih lama. Inikan pula kau, diberi nikmat sihat dan hidup. Maka hargainya.

MUHASABAH CINTA-EDCOUSTIC



Wahai...Pemilik nyawaku
Betapa Lemah diriku ini
Berat Ujian dari Mu
Ku Pasrahkan semua pada Mu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang Ku rasa 
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya illahi...Muhasabah Cintaku

Tuhan...Kuatkan aku
Lindungi aku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

P/S : Be strong my baby. Sampai akhir nafas kamu, aku kan selalu ada. Insyallah. ;(

Friday, June 17, 2011

KUTEMUKAN PENGGANTINYA


BY WINDA

Sebuah kisah tertulis indah di masa lalu
Tak teraba oleh hati siapapun
Hingga kau hadir dengan segala kelemahanmu
Cacat hidupmu menyempurnakanku

Kesakitanku bertambah pahit
Ketika harus aku akui
Aku menahan rasa cintaku untukmu
Namun kau tetap ada

Kau hadir dalam bayangan yang tak pernah ku anggap
Kau ada di dalam bayangan semu
Kau merindu dan membuatku jatuh kepadamu
Kau menyayangku dan buatku berkata
Ku temukan penggantinya

Kesakitanku bertambah pahit
Ketika harus aku akui
Kau hadir dalam bayangan yang tak pernah ku anggap
Kau ada di dalam bayangan semu
Kau merindu dan membuatku jatuh kepadamu
Kau menyayangku dan buatku berkata
Kau hadir dalam bayangan yang tak pernah ku anggap
Kau ada di dalam bayangan semu
Kau merindu dan membuatku jatuh kepadamu
Kau menyayangku dan buatku berkata
Ku temukan penggantinya, ku temukan penggantinya
Ku temukan penggantinya uuu ooo ku temukan uuu ooo huuu

Thanks sayang for this song. Sangat menyentuh jiwa. Sangat mengharukan. Lagu ini aku tak pernah dengar then bile encik boyfie send dekat FB itulah pertama kali aku dengar. Lagu ni soundtrack untuk filem Mili & Nathan. Not bad la nyanyian si Winda ni yang dicungkil bakatnya dari Indonesian Idol.

P/S : I know got something that you didnt tell me clearly. Encik Boyfie. 

Saturday, June 4, 2011

MILLI & NATHAN


"Saksikan tayangan filem ini di pawagam berhampiran, occay!"
Untuk pengetahuan korang dialog ini hanya boleh didengar apabila korang buka siaran TV Indonesia je.


Mari aku cerita sikit sinopsis filem ni. Milli dan Nathan ni memang dari sekolah menengah saling suka sama suka. Nathan seorang yang skema manakala Milli seorang yang periang. Nathan ni selalulah membantu Milli dari segi pelajaran. Then, lepas habis sekolah menengah Nathan menyambung pelajarannya ke Universiti dekat Bandung yang memang dia idam-idamkan. Manakala si Milli pula belajar dekat Jakarta.

Nathan ni lepas masuk U dia minta putus hubungan dengan Milli dengan alasan nak fokus pada pelajaran. Milli pulak memang jenis tak minat nak belajar sebab dia nak fokus dalam bidang penulisan novel, dan dia pun berhenti belajar. Even mereka dah putus hubungan tapi mereka berdua ni still merindui satu sama lain.


One day, Milli ni berkunjung ke Bandung dan dia jumpa dengan Nathan. Sepanjang itu jugalah mereka berdua ni jadi mesra balik dan bila Milli balik ke Jakarta dia ingat yang Nathan ni nak sambung balik hubungan mereka kira kononnya dah couple baliklah. Tapi sebenarnya Nathan tak anggap macam tu pun dan ini mengecewakan Milli bila dia tahu.

Milli sudah pun ada BF baru saat novel pertama dia dilancarkan. Dan time nilah Nathan muncul balik dan minta declare dan cakap dia menyesal sebab buat Milli kecewa dan putuskan hubungan mereka. Tapi Milli macam dah tawar hati dengan Nathan sebab senang-senang nak datang dan pergi dalam hidup dia. Dan sudah tentu Milli rejectlah cinta Nathan tu.

Nathan akhirnya berjayalah tamatkan pengajian dia dekat U, Milli pulak sibuk menyiapkan novel kedua dia dan time tu Milli dah clash ngan BF dia. Nathan kembali ke Jakarta dan ditakdirkan jumpa balik dengan Milli dan mereka berhubung macam biasa dengan dilema hubungan yang tidak jelas akan komitmennya. Sehinggalah Nathan ni buat keputusan nak berkahwin dengan seorang wanita ni dan nak pindah Bandung. Bila Milli dapat tahu dia cuak dan rasa marah sangat. Nak tahu apa kesudahannya. Kita tunngu jelah nanti dekat Youtube :)


Aku adalah salah seorang yang kecewa sebabnya dekat Malaysia rasa macam tak ditayangkan kecuali ada orang yang nak komersialkan dekat sinilahkan. Aku dapat info filem ni selepas aku layan lagu "Kutemukan Penggantinya" nyanyian Winda. Ehem ehem actually encik boyfie aku yang post lagu ni dekat FB dia dan dia tujukan untuk aku. Auwwwwww, sweet la papa ni (ayat gedik aku). Heppppp korang jangan muntah dulu occay. Kebetulan dia sedang demam dan mengalami masalah sakit tekak yang agak serius maka tidak dapatlah dia nyanyikan untuk aku. Dan dia telah bermurah hati untuk menelefon aku hanya untuk suruh aku dengar lagu ni (konon2 dia yang nyanyi) Ecehhhhh.

Encik Boyfie

So, kalau ada sesiapa yang dalam hati dia ada taman macam aku ni sekarang bolehlah layan lagu tu "Kutemukan Penggantinya" by Winda. :) Encik Boyfie aku baru balik dari Jakarta dan Bali so maybe dia ada tertengok video ni saat dia menonton TV kot. 

P/S : Next post aku bagi lirik dan video lagu Winda ni. X sempat nak tepek sekali sebab nak balik bercuti . Happy holiday semua. Papai.

Monday, May 23, 2011

MY LIFE AFTER FINISH STUDY

Lama rasanya tidak membuat coretan disini. Barangkali ada yang sudah lupa tentang aku. Sejujurnya aku sendiri rasa hilang arah dan otak menjadi kosong untuk beberapa ketika. Anggaplah ini intro atau perkenalan baru di tahun 2011 ini. Agak-agak ada ke orang yang mengikuti perkembangan diri aku ni? 

Alhamdulilah aku berjaya juga menyelesaikan kuliah aku untuk 3 tahun ini. Sekarang yang aku dok fikirkan tentang ke mana hala tuju aku. I'm homeless dan sudah tentunya aku perlukan tempat baru untuk membina hidup sendiri. Sekarang ni aku sudah merasakan sedikit demi sedikit bahang kepayahan yang aku perlu lalui. Hidup sebagai aku ni bukan mudah. Susahnya hidup tanpa sokongan terutama daripada keluarga. 

Cakap perihal kerja, aku sudah pun mula bekerja sebagai Wedding Planner. Gila lah. Aku sendiri tak pernah pun terfikir ataupun bercita-cita menceburi bidang yang berkaitan pekerjaan aku sekarang. Memang sangatlah jauh menyimpang daripada apa yang aku belajar selama ini. Tapi elok jugalah sebagai pengalaman baru dalam hidup kan. Apa yang aku boleh katakan, tugas sebagai Wedding Planner bukan mudah!



Dengan adanya kerjaya sudah tentu aku mempunyai pendapatan sendiri, tapi tidak lah lumayan sangat. Cukup-cukup makan. Ini bermakna aku memang tidak akan mendapat bantuan kewangan daripada my uncle and grandma selaku penaja utama hidup aku selepas ini. Ye. aku pun tersa aku ni sudah banyak menyusahkan mereka. Memang aku perlu balas budi baik mereka. Tapi aku sendiri tak pasti aku mampu atau tidak. Bunyi macam ayat orang kecewakan? Aku risau. Risau jika my grandma tidak sempat merasa. Dia sudah tua kan. 

Dari segi kewangan aku pula, sekarang ni aku berada di tahap agak membimbangkan juga. Nasib hutang bil Digi 1K aku tu sudah settle. Aku jadi penghutang pun sebab orang lain. Ye aku akui, aku terlalu bersimpati dan baik pada orang lain sampai aku sendiri mengabaikan kebajikan diri aku sendiri. Tapi apa kan daya sifat hati tisu aku ni tersangatlah kuat. Mungkin ada hikmahnya juga kenapa Allah datangkan mereka-mereka ini kepada aku. Yang penting niat aku, ikhlas membantu dan sudah tentunya harapan aku mereka akan hargainya.


Perkara ini juga ada bersangkut paut dengan cerita kewangan aku, mengenai sambung belajar. Aku tersangatlah dalam dilema. Dalam hati aku ni sudah tentumya aku mahu sambung lagi. Tapi bila memikirkan tentang my grandma dan mereka sekeliling aku. Aku terus rasa kecewa. Aku dapat rasakan yang hajat aku nak sambung belajar tu memang tak kesampaian. Sambung belajar sebelum ni pun sebab di taja MARA. Aku nampak gayanya kena berkorban lagi.

Dalam banyak-banyak kisah yang merisaukan aku, adalah terselit kisah yang manis. Bagi aku la. Setelah sekian lama single, aku telah kembali taken by him. Kenapa hati aku terbuka nak terima cinta? Bukan la sebab aku ni terdesak atau kesunyian tapi aku pun tak pasti. Aku memang jarang meletakkan harapan yang tinggi pada cinta, sebabnya aku takut kecewa. Aku pun datnag dari family yang kurang kasih sayang, mungkin aku sudah terbiasa. Relationship aku sebelum-sebelum ni pun banyak terputus tengah jalan. Sejujurnya, aku tak pernah pun nak berdate sakan macam pasangan couple yang lain. Semuanya sederhana saja. Yang selalu makan hati aku. Bukan mudah mencari cinta sejati.


Cinta aku pada kawan-kawan, tak kan pernah berbelah bagi. Kawan-kawan aku tahu tu. Aku memang jenis seorang yang sangat setia kawan. Bagi aku mereka pun sudah macam family aku. Tempat aku dapat kasih sayang. Aku pernah hantar text yang berbaur sangat lonely kepada kawan-kawan dan ternyata mereka pun rasa serba salah time tu. Hakhak aku feeling lebih time tu. Mungkin sebab aku terlalu rindukan mereka. Itu je. Dan yang pasti sambutan ulang tahun kelahiran aku pada tahun ni sangat bermakna dengan ucapan kawan-kawan yang sangat mengharukan. Juga dengan party yang sangat sweet. Thanks korang. Aku pun sayang korang.

Hampir setengah tahun berlalu, macam-macam kisah aku lalui apabila sudah habis belajar. Secara keseluruhannya aku down. Aku pun tak tahu mane pergi sifat berani dan tak putus asa aku. Anyone yang boleh positifkan kembali mind aku? Aku selalu dengar masalah orang, bagi pendapat dan nasihat tapi aku? Aku tak de tempat nak meluahkan selain kepada Allah dan air mata aku sendiri. Agak-agak ada potensi jadi gila tak if pendam-pendam ni? Hakhak.

P/s : Aku berani sahut cabaran menjadi pelakon tambahan drama SAHARA. Ada yang perasan ke? :)

Thursday, February 3, 2011

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA


Hello there. Akhirnya aku sampai juga disini. Pameran pengantin. Well bukan la aku yang nak berkahwin pun dalam masa terdekat ni tapi aku sekali lagi berjaya menceburi bidang berkaitan perkahwinan ni. Yelah, aku ni pelajar akaun, memang tak ah kan ada sylibus tentang perkahwinan ni.

Pink Affair. Tema pemeran pengantin pada kali ini. Bunyi je macam menyeronokkan. Aku terus terbayang pink panther! Comel kan dia? Hope korang semua dapatlah hadir beramai-ramai ke pameran ni nanti okay! Macam-macam info menarik, disamping ada tawaran pakej-pakej perkahwinan yang menarik dan berbaloi , pertunjukan fesyen pengantin dan yang pasti mestilah ada hadiah menarik untuk yang bertuah. So apa lagi, sila pergi.

P/s: Extra busy! Aku buat dua job.

Saturday, January 15, 2011

SPEAK NOW

Terlewat sudah rasanya mahu mengalu-alukan kedatangan tahun baru. Hampir setengah bulan sudah berlalu dan aku kembali lagi. Tiada pun azam segunung impian. Bagi aku asalkan ada keinginan dan kehendak semuanya boleh menjadi impian yang tak perlu diletak sebagai azam hanya kerana tahun baru bermula. Setiap hari adalah hari yang baru. Oh baru aku teringat, aku ada buat ucapan " Sekamat tahun baru" dekat gathering blogger anjuran Joe. Kelakar muka aku. Hakhak.




Masalah aku jarang updates belum ada penyelesaiannya. Dah dapat agak yang orang UNIFI tu akan datang lambat. Entah bila nak pasang. Aku ni berjanggut dah menunggu. Customer service yang agak menyedihkan. Duit mahu, service? Hampeh. Buat aku makin hilang sabar dan kurang berminat nak langgan. Bukan apa membantutkan perjalanan dan aktiviti aku nak berinternet. Online dekat office nanti kantoi lak dengan kakak senior yang memang garang nak mampuih.




Aku belum lagi bekerja, tapi tengah praktikal sekarang ni dekat akaun adn audit firm. Agak mencabar la, dan hampir setiap hari kena marah. Garang betul kakak-kakak senoir ni. Sumpah la aku tak nak kerja bidang akaun ni. Bosan la. Main dengan angka belaka. Kertas warna putih. Sampai sekarang aku pun tak tahulah apa hikmah dan rahsia kenapa takdir aku dekat bidang akaun ni, nak kata pandai matematik tak lah sangat. Nak kata pelajar cemerlang, gemilang, terbilang jauh sekali.

Okay stop sini dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...