Terlewat sudah rasanya mahu mengalu-alukan kedatangan tahun baru. Hampir setengah bulan sudah berlalu dan aku kembali lagi. Tiada pun azam segunung impian. Bagi aku asalkan ada keinginan dan kehendak semuanya boleh menjadi impian yang tak perlu diletak sebagai azam hanya kerana tahun baru bermula. Setiap hari adalah hari yang baru. Oh baru aku teringat, aku ada buat ucapan " Sekamat tahun baru" dekat gathering blogger anjuran Joe. Kelakar muka aku. Hakhak.
Masalah aku jarang updates belum ada penyelesaiannya. Dah dapat agak yang orang UNIFI tu akan datang lambat. Entah bila nak pasang. Aku ni berjanggut dah menunggu. Customer service yang agak menyedihkan. Duit mahu, service? Hampeh. Buat aku makin hilang sabar dan kurang berminat nak langgan. Bukan apa membantutkan perjalanan dan aktiviti aku nak berinternet. Online dekat office nanti kantoi lak dengan kakak senior yang memang garang nak mampuih.
Aku belum lagi bekerja, tapi tengah praktikal sekarang ni dekat akaun adn audit firm. Agak mencabar la, dan hampir setiap hari kena marah. Garang betul kakak-kakak senoir ni. Sumpah la aku tak nak kerja bidang akaun ni. Bosan la. Main dengan angka belaka. Kertas warna putih. Sampai sekarang aku pun tak tahulah apa hikmah dan rahsia kenapa takdir aku dekat bidang akaun ni, nak kata pandai matematik tak lah sangat. Nak kata pelajar cemerlang, gemilang, terbilang jauh sekali.
Okay stop sini dulu.
2 comments:
enjy ur practical dear..
everything happens for reasons :)
Ini merupakan sumber yang berguna indah yang anda menyediakan dan Anda memberikan gratis tidak ada biaya. Saya suka melihat situs web yang memahami nilai dari sumber yang berguna memberikan kualitas secara gratis. Ini? S yang lama apa yang terjadi di sekitar datang sekitar program..
Post a Comment