Sunday, November 27, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

My grandma I miss you.

Attitude upgrade. I will. No more break promise.

1 thing that really2 make me crazy already.

REMOVE IT SOON, give me time.

Thursday, November 3, 2011

JADI PEKA BUKAN PEKAK

Apa ni kak tak de cerita baru pun. Nak baca cerita baru.
(Omelan kawan aku yang kami gelar"Adik" buat aku sedikit peka)

Aku ni boleh tahan jugak perangai hangat-hangat taik ayam katanye. Mana tak mula-mula buat second blog ni janji hari-hari nak update blog konon. Pirah. Aku boleh BOOO diri aku. Janji tinggal janji. Buat sekian kalinya aku telah buat diri sendiri kecewa. Betullah kata mama aku ni kejap itu, kejap ini. Entahlah. Aku betul-betul jadi loser sekarang. 

Nak pergi mandi bunga boleh?

Ada kaitan ke.


.......................................................................................................................................................

Buat kawan ku yang tak lagi bergigi besi tu. Nah ni update aku untuk tatapan kau! (Wah ayat nak touching kan)  Hak Hak .

Entry come back kali ni sempena ulangtahun blog "hidup segan mati pun tak mahu ni" yang pertama. 
Aku tak nak dah jadi pekak. Aku nak jadi peka.Memandangkan tahun 2011 ni tinggal lagi berapa hari saja lagi nak berlalu, so aku mesti buang perangai hangat-hangat taik ayam aku tu.Jika ada mana-mana doktor yang sudi nak menawarkan khidmat percuma nak rawat aku ni dia alu-alukan. :)

Sebab kenapa aku jadi pekak bukan peka 


1) Aku dilanda ujian Maha hebat bertubi-tubi
Kawan aku siap cakap aku patut pergi mandi bunga tolak bala. Hak Hak. Takpelah aku mandi shower dekat rumah aku je. Lagi jimat. Tapi alhamdulilah, benda ni buat aku lagi kuat. Lagi matang, lagi kenal hidup ni. Lagi tahu siapa kawan dan siapa lawan. Macam orang cakap setiap kejadian tu ada hikmahnya. Tipulah aku kata aku sedikit pun tak goyah. Menangis jugak la aku dibuatnya cukup 10 baldi air mata aku tu. (Hiperbola sungguh ayat)

2) Masalah kewangan yang serius
Aku start datang KL last december. Pejam celik nak dekat setahun aku tercampak dekat sini. Aku pun rasa cam baru semalam aku mai sini. Aku datang sini sebab latihan industri la. Lepas dah habis tu aku terus kerja. Sebab kalau aku balik rumah pun aku tak tahu nak buat ape. Aku bukan macam kawan-kawan lain. Mereka ada rumah sendiri. Aku menumpang je kat rumah orang.  Dah nama pun duduk sorang, so aku kenalah tanggung sendiri semua keperluan dari sewa rumah, bil hinggalah makan semua. Pernah ada 20sen je dalam purse. Itupun tak nak habiskan sebab nenek pesan purse jangan dibiar kosong. Aku berazam nak langsaikan semua hutang. 


3) Hidup berdikari jauh dari family
Memang selama ni aku hidup jauh dari mereka tapi kali ni memang tanpa siapa-siapa dekat KL ni. aku soranglah. Rasa sunyi sangat. Nasiblah ada kawan-kawan yang banyak membantu. Thanks korang.

4) Cinta
Ada entry lepas aku cakap im taken. Tapi ni tak bermakna aku tak lonely. Hal ni agak sensitif. Kesimpulannya aku rasa aku memang tak bertuah dalam cinta. Sob. Sob.

5) Result study yang hampeh
Nama je belajar akaun, tapi serius aku bukannya terror pun matematik! Aku tak tahulah sama ada impian aku nak belajar art and design akan tercapai ke tak. Umur sudah berapa. Mama pun bising selagi aku tak tak kerja tetap. Cubalah dia bagi sikit semangat kat anak dia ni.


6)Masalah kesihatan
Masalah usus berdarah aku kembali. Aku ingat dah ok. Tapi dia datang balik. Sebab dah kena kali kedua buat aku trauma. Mungkin ada kali ketiga kalau aku tak beringat. Sebab sakit nilah kot aku rasa aku berjaya menyusutkan badan tanpa diet. Dan lagi aku tak de duit even nak beli kuih RM1. Selalulah jugak aku makan bubur nasik yang bubuh air dan garam je. Kadang-kadang tak makan terus tertidur sebab malas nak rasa sakit tahan lapar. Macam nilah agaknya perasaan orang-orang kat somalia tu. Kelaparan. Buat aku insaf dan hargai makanan.

7)Mangsa keadaan
Aku jadi mangsa keadaan. Aku memang jenis tak boleh tengok orang susah. Tapi aku pun sengal sebab tak fikir akan diri sendiri dulu sebelum nak tolong orang lain. Last-last makan diri. Benda ni buat aku setuju dengan kata-kata, janji tinggal janji. Semoga Allah bantu aku jauh-jauhkan dari mereka-mereka yang janji tinggak janji ni dari aku.

8)Kerja 
Sebab masalah kewangan dan mangsa keadaan aku kena kerja keras untuk langsaikan semuanya.Nak tengok aku cuti pun payah. Kerja kalau bukan 12 jam sehari memang tak sah lah. Ikut hati malas dan nak cari kerja lain. Tapi apa kan daya. :(


So aku tak nak dah jadi pekak. Aku nak jadi peka untuk kebaikan diri aku. Aku tak kan biarkan mistake yang sama berulang lagi. Aku harap korang doakan la aku jugak ok . Thanks. Tuhan akan balas kebaikan korang walaupun sekecil biji sawi pun!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...