Monday, May 23, 2011

MY LIFE AFTER FINISH STUDY

Lama rasanya tidak membuat coretan disini. Barangkali ada yang sudah lupa tentang aku. Sejujurnya aku sendiri rasa hilang arah dan otak menjadi kosong untuk beberapa ketika. Anggaplah ini intro atau perkenalan baru di tahun 2011 ini. Agak-agak ada ke orang yang mengikuti perkembangan diri aku ni? 

Alhamdulilah aku berjaya juga menyelesaikan kuliah aku untuk 3 tahun ini. Sekarang yang aku dok fikirkan tentang ke mana hala tuju aku. I'm homeless dan sudah tentunya aku perlukan tempat baru untuk membina hidup sendiri. Sekarang ni aku sudah merasakan sedikit demi sedikit bahang kepayahan yang aku perlu lalui. Hidup sebagai aku ni bukan mudah. Susahnya hidup tanpa sokongan terutama daripada keluarga. 

Cakap perihal kerja, aku sudah pun mula bekerja sebagai Wedding Planner. Gila lah. Aku sendiri tak pernah pun terfikir ataupun bercita-cita menceburi bidang yang berkaitan pekerjaan aku sekarang. Memang sangatlah jauh menyimpang daripada apa yang aku belajar selama ini. Tapi elok jugalah sebagai pengalaman baru dalam hidup kan. Apa yang aku boleh katakan, tugas sebagai Wedding Planner bukan mudah!



Dengan adanya kerjaya sudah tentu aku mempunyai pendapatan sendiri, tapi tidak lah lumayan sangat. Cukup-cukup makan. Ini bermakna aku memang tidak akan mendapat bantuan kewangan daripada my uncle and grandma selaku penaja utama hidup aku selepas ini. Ye. aku pun tersa aku ni sudah banyak menyusahkan mereka. Memang aku perlu balas budi baik mereka. Tapi aku sendiri tak pasti aku mampu atau tidak. Bunyi macam ayat orang kecewakan? Aku risau. Risau jika my grandma tidak sempat merasa. Dia sudah tua kan. 

Dari segi kewangan aku pula, sekarang ni aku berada di tahap agak membimbangkan juga. Nasib hutang bil Digi 1K aku tu sudah settle. Aku jadi penghutang pun sebab orang lain. Ye aku akui, aku terlalu bersimpati dan baik pada orang lain sampai aku sendiri mengabaikan kebajikan diri aku sendiri. Tapi apa kan daya sifat hati tisu aku ni tersangatlah kuat. Mungkin ada hikmahnya juga kenapa Allah datangkan mereka-mereka ini kepada aku. Yang penting niat aku, ikhlas membantu dan sudah tentunya harapan aku mereka akan hargainya.


Perkara ini juga ada bersangkut paut dengan cerita kewangan aku, mengenai sambung belajar. Aku tersangatlah dalam dilema. Dalam hati aku ni sudah tentumya aku mahu sambung lagi. Tapi bila memikirkan tentang my grandma dan mereka sekeliling aku. Aku terus rasa kecewa. Aku dapat rasakan yang hajat aku nak sambung belajar tu memang tak kesampaian. Sambung belajar sebelum ni pun sebab di taja MARA. Aku nampak gayanya kena berkorban lagi.

Dalam banyak-banyak kisah yang merisaukan aku, adalah terselit kisah yang manis. Bagi aku la. Setelah sekian lama single, aku telah kembali taken by him. Kenapa hati aku terbuka nak terima cinta? Bukan la sebab aku ni terdesak atau kesunyian tapi aku pun tak pasti. Aku memang jarang meletakkan harapan yang tinggi pada cinta, sebabnya aku takut kecewa. Aku pun datnag dari family yang kurang kasih sayang, mungkin aku sudah terbiasa. Relationship aku sebelum-sebelum ni pun banyak terputus tengah jalan. Sejujurnya, aku tak pernah pun nak berdate sakan macam pasangan couple yang lain. Semuanya sederhana saja. Yang selalu makan hati aku. Bukan mudah mencari cinta sejati.


Cinta aku pada kawan-kawan, tak kan pernah berbelah bagi. Kawan-kawan aku tahu tu. Aku memang jenis seorang yang sangat setia kawan. Bagi aku mereka pun sudah macam family aku. Tempat aku dapat kasih sayang. Aku pernah hantar text yang berbaur sangat lonely kepada kawan-kawan dan ternyata mereka pun rasa serba salah time tu. Hakhak aku feeling lebih time tu. Mungkin sebab aku terlalu rindukan mereka. Itu je. Dan yang pasti sambutan ulang tahun kelahiran aku pada tahun ni sangat bermakna dengan ucapan kawan-kawan yang sangat mengharukan. Juga dengan party yang sangat sweet. Thanks korang. Aku pun sayang korang.

Hampir setengah tahun berlalu, macam-macam kisah aku lalui apabila sudah habis belajar. Secara keseluruhannya aku down. Aku pun tak tahu mane pergi sifat berani dan tak putus asa aku. Anyone yang boleh positifkan kembali mind aku? Aku selalu dengar masalah orang, bagi pendapat dan nasihat tapi aku? Aku tak de tempat nak meluahkan selain kepada Allah dan air mata aku sendiri. Agak-agak ada potensi jadi gila tak if pendam-pendam ni? Hakhak.

P/s : Aku berani sahut cabaran menjadi pelakon tambahan drama SAHARA. Ada yang perasan ke? :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...