Sunday, December 19, 2010

WANGSA MAJU HERE I COME:PART 1


Memang dah datang pun.
Dua minggu dah kot.
Bertapa dan meneruskan hidup.
Dengan berbagai perasaan.
Dan yang pasti, 
Aktiviti blog tak berapa aktif.
Bukan apa,
Internet tak sihat.
Maka jawapannya,
Jaranglah updates.


"Aku rindu sangat dengan kau my blog, sebab aku tahu kau faham aku. Dengan siapa lagi aku nak bercerita kalau bukan dengan kau. Walaupun kau tak pernah bercakap dengan aku,tapi bagi aku cukup baik kau bagi aku peluang luahkan segalanya dekat kau. Terima kasih ye." 
..................................................................................

Ayat diatas semuanya sedikit emo dan gila. Aku mengomel sendiri, dengan diri aku sendiri. Adakah aku gila? Mestilah tak okay. Aku waraslah. Cume itulah hobi dan tabiat aku, bercakap sorang-sorang lepas tu jawab. Hakhak. (Bagus tak payah tanya kalau sendiri jawab)

Wah, gila panjang intro entry aku sebelum pergi ke cerita sebenarnya. After seminggu final exam tu aku banyak habiskan masa lawat nenek,mak cik,pakcik,sepupu-sepupu aku dan baby masing-masing. Aku tak balik rumah dekat Kuching pun, yelah seminggu je hah masa cutinya.Aku jadi peneman setia mak cik aku pergi klinik gigi. Mak cik aku ni dia nak buat gigi palsu yang baru, so all gigi kena cabut! Auwwwwww. Sakit tahu. Hari pertama cabut sebatang, hari kedua cabut dua batang, hari ketiga lima batang sekali gus.Ambik kau,berani habis mak cik aku ni.Aku sedikit tergagam dan tabik la dia berani cabut lima batang sekali gus. Korang pernah?


Sedih gak la nak meninggalkan Johor tercinta ni. Apa boleh buat,bak kat orang life must go on. Aku kan perlu habiskan Latihan Industri aku untuk jangkamasa enam bulan. Lepas tu, merdeka. Tak de belajar dah. Tak sabarnya mahu  tunggu saat tu tiba. Yang pasti aku akan rindu Johor. Rindu Jusco Tebrau tempat selalu lepak dengan kawan-kawan, rindu naik bas Maraliner yang macam sardin, rindu asam pedas yang aku takut nak makan sekarang, rindu pantai yang berjaya menggelapkan aku, rindu Plaza Pelangi tempat aku selalu touch up rambut, rindu E&Y Restoran mamak tempat aku makan roti canai, semua akan aku rindu okay!

Jusco Tebraucity

Tiket bas Maraliner

Asam pedas johor. Sedap tahu.

Jeti di Tanjung Balau.

Salon kesukaan dalam Plaza Pelangi ni.

Roti canai kegemaranku.

Macam-macam yang bermain di fikiran aku sebelum pergi latihan industri. Boleh tak aku survive? Macam  mana kerjanya? Selamat tak? Tempat tinggal ,makan,pakai semua cukup tak? Ehhhhh banyaklah. Apa yang boleh aku kata, dalam aku gembira dapat spend time jalan-jalan dan habiskan masa dengan sauadara mara aku sebenarnya risau dan perlukan sokongan.


Masalah mencari rumah, dalam masa seminggu tu pun agak payah aku nak arrange. Aku dekat Jb, then rumah nak cari mestilah ada dekat Kl. Aku bertuah punya kawan-kawan yang banyak membantu. Sharifah,Miera and Hueda terima kasih kat korang tolong search dan cari rumah untuk aku. Time aku pick rumah, aku tak datang tengok pun. Aku tawakal habis. Janji ada. Masalah lain belakang cerita.


Sehari sebelum pergi Kl baru aku nak pack barang. Agak banyak jugalah. Aku mana pernah bawa sikit barang, semua nak banyak. Aku dah cuba kurangkan tapi tak boleh. Aku perlu semua barang-barang tu. Half dari barang aku yang dari kolej aku drop dekat rumah pak cik. (Jaga diri baik-baik ye barang-barang) Nanti kalau ada rumah sendiri tak tahulah macam manakan.

P/s : Aku berhijrah lagi, itu kan perlu untuk pengalaman hiduplah katakan.

3 comments:

Unknown said...

terliur tengok asam pedas tuhh :)

immukmin said...

long time no..see..hehe...baru ari ni..update blog...hohoho...gud luck

Anonymous said...

ALAMAK sok nk kne g check gigi..takut la plak ...hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...