Wednesday, November 17, 2010

Dari rambut ke hijab jumpalah Hana Tajima

Disuatu sudut penjuru bilik.
Sambil bermain catur.
Dan akhirnya.............


Ikuti dialog ini.
Antara Amoi Puteh dan Amoi Hitam.




" Wa lau eh, lama wa tala ada publish itu entry baru o kawan, so alang-alang wa sula manyak free ni, wa becelita sikit la tentang fesyen, lu mau dengar ka?" Kata Amoi Puteh

" Apa itu fesyen? Wa tala tau itu. Kusyen wa tahu,ruma sana ada manyak, lu mau kasi angkat satu? kawan punya hal free saja wa bagi." Kata Amoi Hitam

"Ai yaa apa kusyen pulak! Adoiyay (tetibe terselit dialog nabil) sudahla kawan, alang-alang lu memang tala tahu kan apa itu fesyen. So wa mau kasik tahu plus kasi lu kenal HANA TAJIMA." Kata Amoi Puteh membalas.

(Mengangguk -angguk  sambil tersengih excited)

" Okay bolehlah, janji aa jangan sampai wa tetido sudahlah. Lagi pula kan wa memang mahu cari itu ilmu baru punya. Bagi wa lasa up to dates sikit ma." Kata Amoi Hitam.

....................................................................................................................................................

Okay habis baca? Bagus. Sebenarnya saja je aku nak tepek dialog 2 amoi ni. Hahak. Aku akui sedikit sibuk kebelakangan ini. Nama pun tengah final exam kan so terpaksa melupakan bidang penulisan ni sementara waktu. Dan hari ni until next tuesday aku free tak de papers.

Tadi lepas mandi, aku dengar dari surau sayup-sayup takbir berkumandang. Hati siapa yang tak tersentap bagai ikan yang terkena umpan pada mata kail. Syahdu senandung semalam gak lah aku rasa. Sebabnya korang pun boleh agak kan.




Agak lama kot aku tidak pijak bumi kenyalang.(siapa tak tahu bumi kenyalang sila tanya cikgu sejarah balik okay) Raya Aidilfitri yang lepas pun aku tak balik. First time pulak tu raya dekat rumah membe. Aku ada lagi sedara mara kat Johor ni tapi cuma tak nak susahkan dorang semuakan. Sebelum aku lupa,(sebab aku selalu tak sengaja minum air ada semut,hahaha) aku nak ucapakan salam Aidiladha buat semua umat Islam. Semoga yang sambutan kali ini lebih bermakna buat aku dan korang semua.




Cakap pasal fesyen ni kan, memang aku suka. Kalau dulu lagi hebat fesyennya. Sekarang sudah slow sikit. Sebab aku yang inginkannya. Bila terkenang balik aku yang lama dengan fesyen yang berbagai tu aku rasa maku dan nak tergelak pun ada. Selalulah juga aku dok bercerita tentang kenangan lampau waktu aku tengah ngetop dekat kawan-kawan aku sekarang.Kah kah kah memang tak boleh blah.

Dulu aku ni free hair, sekarang hair aku kena beli dah. Eh tak delah, maksud aku dengan lebih jelas aku ni tak pakai tudung senang cerita. Rasa hebat sangatlah time tu. Rasa diri dan rambutku sangat berharga. Macam dialog iklan Loreal tu.

Part fesyen aku paling suka sudah tentu rambut. Aku memang rajin tukar style rambut. Konon-konon rasa dah jadi orang paling up to dates la katakan. Cakap je apa, style Justin Biebier,Rihanna,Agnes Monica,Ayumi Hamasaki,Kim Kardashian,dan lain-lain, aku memang tak pernah miss punya. Pantang artis muncul dengan gaya rambut baru.




Paling banyak aku buat style rambut pendek. Lebih kemas dan mudah urus. Kalau perm tu pernah sekali sajalah, sebabnya habis rosak rambut aku. Kembang dan kering plus kasar dah macam rambut  pontianak yang ready nak mengilai atas bumbung. (tiba-tiba meremang bulu roma aku).Termasuklah warna rambut. Mak cik aku siap cakap warna rambut aku macam bulu singa!




Hampeh. Bulu singa? Agagaga. Memang padan denagn muka aku kena cop macam tu. Konon berfesyen sangatkan. Aku dulu selalu cakap muka aku tak lawa bila berhijab. Aku marah bila hijab aku senget-senget, tak macam orang lain elok je. Aku pun selalu mengelak kalau nenek suruh pakai hijab bila nak kuar. Teruk kan? Rasenya dulu berapa je koleksi hijab aku. Paling banyak pun hijab sekolah je.

Ingat tak dulu ada fesyen hijab wardina, waheeda tengah hangat? Banyak orang sibuk nak belajar main belit-belit dekat kepala tu. Aku pun sama. Tapi tetap juga muka aku nampak tak lawa bagi aku la. Dan aku maintain dengan gaya yang sama dan paling suka ikat gaya reben bila mengenakan hijab. Sumpah macam makcik-makcik yang jual kuih pagi-pagi ex balak aku cakap.(nampak sangat dia lebih mementingkan kecantikan)




Sekarang usia aku sudah bertambah, kedut di muka juga bertambah (belum tahap nenek kebayan lagilah) dan banyak benda yang aku kena fikirkan. Pengalaman lalu mematangkan aku dan bagi aku pengajaran berguna untuk tidak mengulangi benda yang sama. Fesyen tetap fesyen cuma lebih diterhadkan dan perlu sedikit sentuhan ajakan paradigma. Salo tetap pergilah. Rambut tutup tapi kena jaga okay.


Aku sudah berhijab!

Ajaib. Aku sendiri terkejut budak degil dan kepala batu macam aku boleh berubah. Aku tentunya bersyukur sudah ada keinginan untuk tutup rambut yang berfesyen-fesyen up to dates kononnya.Sekarang dah ada keinginan nak beli majalah muslimah macam Dara.com. Dulu layan Popteen, C.L.E.O dan apa-apa entah majalah fesyen. Nak tengok yang dedah je, tutup tak nak. Ingat lelaki je ke suka tengok macam tu. Hahak.




Dari rambut ke hijab jumpalah Hana Tajima. Bergaya sungguh minah ni. Nama pun amik design kan. Dan dia masuk Islam beberapa tahun lepas. Still muda, dan banyak idea yang bernas dalam penghasilan benda kreatif dan berinovasi. Bagi inspirasi fesyen dekat aku. So tiada halangan dalam berfesyen asalkan tahu nak kena kan macam mana. Aku sudah temui gaya yang sesuai dengan kehendak dan tuntutan keatasku.


Aku suka style ni. Nampak macam lasak sikit.

Inilah pengorbanan aku. Dari yang kurang baik kepada yang lebih bermanfaat. Masa muda ni banyak cabarannya dan biarlah aku tak dapat nak rambut berfesyen dah asalkan aku tetao happy. Sedikit skema ayat aku. Aku berhijab tapi tetap orang yang sama. Si hati tisu tapi kuat membuli hahak. Lepas ni penorbanan yang harus buat,kenalah ubah perangai-perangai buruk yang bersaki baki ni.

P/s : Aku tidak berniat nak menyinggung perasaan mana-mana orang
         Ini hanyalah picisan aku membuat anjakan paradigma diri.

10 comments:

Fello Ariza said...

hahaha...

nakpa ndak ka dikerepak nya tuk..

hehe...


selamat hari raya aidiladha nadia :)

JuanYuan said...

bagusla tu eya..at least eya da berubah..

suka mmbuli tu biasala..nakal..bukan jahat..hak3

selamat ae raya korban keh..

kesian budak tu xdpt balik sarawak..hak3.. ;D

EYA NADIA said...

FELLO ARIZA: KTK X BCA NE LA MOK TAUK NK PA D KEREPAK MEK TUK BAH. :)

JUAN YUAN: ANJAKAN PARADIGMA KATEKN WAH PASTAS KAMU BACA ENTRY NI HAHA LAIN KALI KENA PUBLISH TIME JUAN TDO NI.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA TOO.

fya zainal said...

comel apa dh pakai tudung hehhe^^

eikkk sy pown suka hana tajima ni!!

khairul akmal bin azman said...

erm...'
cm nk sme entry kite

EYA NADIA said...

FYA ZAINAL: COMEL KE? HEHE MALU SAYER.

EYA SUKA GAK STYLE MCM FYA EH.

KAY: TULAH LEBIH KURANG JE HIHIHI

chokeLy said...

hehehe.. nice..
^^ selamat hari raya aidiladha..

Unknown said...

hehe..yu dont noty2 yer ..hehe..

tp jadi jer diri yg sebenar..

EYA NADIA said...

@chokeLy

terima kasih awak! :)

EYA NADIA said...

@apik pehe

eya goog girl la apik oi
tak notty2 okay.

just be the way u are rite?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...