Tuesday, November 23, 2010

Redzone dan Redbox

Minggu ini mood aku tak berapa nak baik, walaupun raut muka aku ni tak menampakkan mood yang tak baik tu. Biasalah kena cover sikitkan. Dan mood yang tak baik itu langsung je membawa kepada perubahan warna blog aku daripada warna hitam ke warna merah. Ada siapa-siapa yang rasa sakit mata setelah melihat perubahan warna blog aku ni? Sila beliakkan lagi mata anda sebesar mungkin dan jangan lupa lepas tu titiskan "Eya Eye Drop" okay.


im in redzone, hati panas.

Sedar-sedar tak sedar blog aku sudah masuk sebulan lebih menerjah kehidupan kalian. Aku ucapkan thanks for those yang rajin singgah sama ada hanya meninggalkan jejak dekat Shoutbox or Cbox, baca dan komen entry mahupun yang follow, tak lupa pada yang sudi nak tag. Aku hargai semuanya. Sekurang-kurangnya kurang sikit la mood yang berapa nak baik tu bila tengok support yang diberikan. Terharu.




Sudah nampak header baru blog aku. Memaparkan warna merah dan macam biasa muka aku mesti kene tepek kat situ sekalikan. Memang aku sudah kena rasuk aura warna merah. Yang menggambarkan betapa mood yang garang. Tapi aku ada motif lain juga kenapa memilih warna merah. Kata warna terang dan garang so secara tidak langsung dapat menaikkan kembali semangat aku yang kian luntur bak kena klorox disebabkan macam-macam dugaan yang kena hadapi kebelakangan ni. Alahai.

Hope nanti semua redzone aku akan berakhir, dan aku dapat go on life macam biasa.(ayat orang putus harapan dah ni) Merah oh Merah, aku harap kau bawalah tuah untuk iringi langkah aku seterusnya. Okay,habis disini perihal rintihan aku.

Bercakap soal merah, terlintas satu jenama dekat kepala aku. Apa lagi kalau bukan Redbox Karaoke.Lama gak tak pergi menyumbangkan suara lemak berkrim dan merdu aku kat situ. Tamat final exam bolehlah aku singgah. Ada sesiapa mahu teman? Silalah roger-roger.




Aku nak nyanyi puas-puas lepaskan semua benda yang dok terbuku dekat hati. Tak sabar mahu lepaskan semua bebanan yang ada.Masa untuk berhibur kembali setelah berhempas pulas dan fokus pada exam. Yang pasti lagu wajib yang aku akan nyanyi. Bulan cinta + Karma! Marilah layan berdangdut dan rock jiwang sikit okay. Mesti tahukan lagu ni.



Jom layan lagu ni.

(Bunyi muzik tak best sangat sebab ni untuk karaoke
Dan kedengaran bukan artis yang original nyanyi.)



6 comments:

::FAIZ:: said...

i like redbox

EYA NADIA said...

@::FAIZ FARISH::

aku tahu nape kau like coz kau pun sukew nyanyi macam aku kan. :)

Mun said...

karok jommmm!

EYA NADIA said...

@Munirah

jom lah munirah (:

immukmin said...

fevrote colour...hohohho...dari kecik mmg suke warne merah..dan...dalam almari..ada belambak warna merah..kalu seminggu tuh..pakai warna sama je...beg warna merah..stokin warna merah...kasut merah...dan yg penting..my blog is also red..hot bai...

EYA NADIA said...

@immukmin

Hmmmmm info yang best nie hihi eya sukew merah jugak n pink. ala adik beradik la tuh kn.

boleh la jd partner eya kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...