Monday, November 22, 2010

Tak Tahukan So Kena Tahu

"Ha aa ku tak tahu, apa kau dah buat padaku. Menggoda hatiku jawapannya ku tak tahu." masih ingat lagi dengan bait-bait lagu ni? Ala yang asyik cakap tak tahu, nyanyian Adam Af2 tu. Ingat sudah? Baguslah bah kalau sudah ingat. (oppss kuar lak slang sabah ni) Aku hanya nak meminjam ayat yang "tak tahu" tu je untuk jadikan korang tahu.Tahu pasal blog aku, bukan tahu pasal Adam Af2 tu.

Menjelang minggu baru, ini ialah entry mengenai award lagi yang aku buat. Mesti korang bosan asyik baca entry award je kat blog aku. Apa boleh buat kan, nama pun kerja tertangguh,dikumpul maka jadilah berlambak ni hah.




Sebelum aku bagi tahu tentang blog aku dengan lebih lanjut, ni nak habaq la terima kasih banyak-banyak dekat Misz Una yang sungguh baik hati nak bagi dua wad award untuk blog aku yang masih bayi lagi ni hah. Terima kasih juga sebab ingat kat blog ni ye. Cakap pasal Misz Una punya blog, toksah ceta banyak memang best la gua cakap lu. Header pun lawa dan Misz Una pandai mendesignkan blog dia hingga buat siapa yang singgah mahu singgah lagi. Tak percaya,try la usha sendiri okay. Aku doakan Misz Una berjaya untuk go on dengan SPM dia dan fokus okay bebeh.



INTERESTING BLOG AWARD

Menarik ke blog ni? Agaknyalah dan aku akan sentiasa nak menginteresting agar tak ketinggalan sama dan korang tak rasa bosan sampai boleh tertidur depan laptop. Hakhak.



NICE BLOG AWARD

Bukan blog je, tuan dia nice gak. Hakhak. (perasan) Bak kata oranglah kan hidup ni kena nice2 sebab kalau tak nice tak kemana pin. Betul tak? Buat baik sesama dan yang jahat itu minta dijauhkan okay.

Dan masanya telah tiba untuk aku jawab soalan cepu emas dari Misz Una.

dontcallmeafool.blogspot.com dimata anda
Blog kepunyaan Misz Una yang happening dengan design kreatif dan ceria serta ada entry-entry best untuk dilayan dengan penggunaan gaya bahasa yang sempoi je.

Nama blog anda dan kenapa letak nama tu
EYA NADIA, blog ni al-kisah tentang aku dan segalanya tak mustahil disini untuk dikongsikan untuk menjana idea baru dan upgrades pengetahuan sedia ada.

Nama url blog anda dan dari mana datangnya idea itu
eyanadia.blogspot.com, guna nama sendiri senang tak perlu perah otak nak pergi fikir ayat-ayat gempak sangat. Ini pun sudah kire okay.

Apa kaedah dalam penulisan blog anda
Menggunakan ayat yang mudah difahami dan tak terlalu skema. Ada unsur bahasa rojak petis. Hahak. Kalau tak gitu tak syiok la nak berceritakan.

Apa perasaan anda tengok blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak. (kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendahkan diri)
Rasa berdebar-debar macam cinta pandang pertama. Hahak. Rasa keinginan untuk ada blog secantik dan semenarik orang tulah. So kenalah banyak buat research.

Bilakah blog anda diwujudkan
24 Oktober 2010. (Ingatlah tarikh ni nanti boleh bagi hadiah)

Siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi pengikut blog anda
Orang yang pertama tahu sudah tentu geng-geng hostel tapi diaorang tak follow and just jadi silent readers. Pengikut pertama blog ni sudah tentu my best friend, Cik Dara.




Seorang lagi pemberi award untuk aku iaitu Ufa Achan. Comelkan nick name dia, macam tuan dia lah comel gak dan kalau nama bunyi pun macam ala-ala korea sudah tentunya Ufa Achan ni peminat yang sangat minat dengan benda-benda korea dan sewaktu dengannya. Kalau korang ada seminat dengan dia boleh pergi singgah menyinggah ke blog Ufa Achan nanti okay. Terima kasih ingat dan sudi hadiahkan award ni ye, Ufa Achan. Nanti boleh bagi lagi.




Sekali lagi Juan Yuan bagi award. Terima kasih sebab tak pernah lupakan daku. Juan Yuan bagi award sama dengan Ufa Achan. Kamu berdua skodeng kecantikkan ku ye? Hahak. Dah dapat award cantik ni, so bolehlah lepas ni jadi model iklan penjagaan kulit muka. (berpeluh ketiak membe-membe aku dengar ni) Hakhak.


Bagi

BEAUTIFUL BLOGGER AWARD

kepada aku
:)

Macam biasalah, semua pengunjung setia dan juga followers yang tak putus-putus menjenguk blog ni silah amik award yang ada ni hah. Jangan malu-malu nak amik. Aku mahu kongsi dengat uollss semua okay. Have nice day semua. Sayang korang.

8 comments:

Yellow LEOpard said...

wahh..byk beetol award eh

::FAIZ:: said...

stuju ngan yellow

EYA NADIA said...

@Yellow LEOpard
eh mane ade. sikit je ni

EYA NADIA said...

@::FAIZ FARISH:: huhu shy2 lorh incik faiz oi.

Unknown said...

its ufaa chan cyg.. hahaha.... welcome2.. :)

EYA NADIA said...

@Diary of Mine

yup itu kamulah tu. eya dh publish dh pemberian ufaa tu.

Anonymous said...

I be enduring be familiar with a scarcely any of the articles on your website at this very moment, and I definitely like your style of blogging. I added it to my favorites entanglement page list and last will and testament be checking back soon. Cheer repress in view my put as highly and let me be acquainted with what you think. Thanks.

Anonymous said...

Is there anymore information you can give on this subject. It answers a lot of my questions but there is still more info I need. I will drop you an email if I can find it. Never mind I will just use the contact form. Hopefully you can help me further.

- Robson

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...