Thursday, November 4, 2010

Betik Itu Jahat !

"Kau ni degil. Kecik-kecik tak nak mampus (bangsat habis bahasa). So sekarang memang sudah nasib kau macam ni, layak sangatlah."


Diam sebentar (fikir apa lagi nak dikatakan)


"Kau ni dah la berlagak nak mati, macamlah kau dah bagus sangat sampai tak suka aku kan?"


Aku membisu. Muka ketat semacam. Hati bengkak. Hati cuak.


"Weh sekarang kau pandailah pulak diam, satu komplen pun tak terkeluar dari mulut kau, sekarang aku dah dekat depan kau ni. Luahkan apa kau tak puas hati!"


Mula naik berang. ( Dia picit pipi gebu aku sampai merah)


Adoiiiiiiiiii,sakitlah bodo! (Getus aku dalam hati)


" Okay oleh kerana you don't want to give any response, so i decided to make you as my dinner tonight." (pehhh, tahu pulak dia speaking seyhh).


Aku rasa muka aku pucat lesi macam darah dah berhenti mengalir. Kenapa aku? Apa salah aku?




.................................................................................................................................................


Waktu dinner menjelma sudah. Aku termanggu. Hanya berserah. Saatnya sudah tiba! Tangan "dia" yang sasa lagi kasar dan besar, gigi tajam macam gergaji, badan katang (dalam loghat ganu mean tegap) dan mengeluarkan bau busuk tahap cipan (bau yang aku sangat kenal).


Aku mula nangis. 


Dia capai aku, lalu gengam erat. Angkat aku keatas. Dushhhhhhhhhh....prakkkkkk.....(Bunyi tulang aku patah) Aku dilempar dengan kuat ke atas lantai yang teramat kotor.


Aku Tak sedarkan diri. Mati barangkali.




..................................................................................................................................................


Cis, kau tipu aku ye! Kata tak de betik. Tipu ! Tipu ! Tipu ! Aku berulang kali ulang perkataan tipu tu. Saja nak buat orang tu rasa bersalah. Janganlah sesekali kalian mendekatkan aku dengan makanan tersebut.


Betik oh betik. Aku memang tak suka makan betik. So, jangan nak memandai offer makanan tu kat aku. Titik. Aku tak makan.  Cerita pasal betik ni, aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh nak telan. Aku rasa sangatlah loya. Jangan cakap telanlah bau dia pun aku tak boleh cium. Rasa nak pengsan time tu jugak. (belum jadilah,sebab aku pandai cover).




Berkenaan cerita dekat atas tu memang ada kaitan pun dengan betik. Korang mesti tak berapa nak faham apa lak kaitan betik dengan cerita dekat atas tu kan. Kalau korang nak tahu, aku pernah mimpi betik raksasa berniat membunuh aku! Hahak. Poyo je bunyi mimpi akukan.




Betik tu bengang yang teramat agaknya bila aku (tolak cinta) tak suka dia. Komplen tak sedaplah, bau busuklah. Macam-macamlah. Hahak. Maaflah betik ye. Tapi aku akan keep trauma jumpa betik. Lebih-lebih lagi dengan mimpi yang aku pernah lalui. Sumpah aku lagi tak suka betik!  Dia hampir bunuh aku kot dalam mimpi aku tu. Hahak.


Kata orang makan betik boleh melawaskan berak buang air besar . Tapi masalahnya aku ni dah cukup lawas beb! Tak perlu nak minum teh atau minum air oren pekat-pekat dan terutama sekali makan betik sebabnya aku memang  dah cukup lawas. Kadang-kadang jeles dengan orang yang jarang ke tandas dan aku bosan doh dok mengunjungi tempat tu. Hahak. 




Cerita al-kisah lawas tu kan. Aku tak kan lupa sampai bila-bila sebabnya aku memang ada pengalaman ngeri pun. Nak dimulakan kisah, time aku semester 1 dululah kan, dapat belajar dekat Johor ni. Dan seperti yang korang sedia maklum, dekat Johor ni masakan dia pedas-pedas betul tak?



Nak dipendekkan cerita, oleh kerana aku dah lama tak balik Johor ni kan so bila jumpa asam pedas, sambil bilis dan segala adik-beradik sambal yang pedas mulahlah ketagih dan nak makan selalu. Tup, tup  lepas tu aku keluar masuk klinik & hospital. Sebabnya...



Usus aku luka dan berdarah. Amik kau!


Lepas ni lebih jage perut.

Tapi aku bernasib baik, aku tak kena gastrik, apendiks atau buasir. Mula-mula tu aku pun dah cuak gak lah. Tapi alhamdulilah aku beransur baik after 6 bulan lepas tu. Sekarang aku kembali normal. Tapi taubatlah nak makan pedas-pedas sangat. Dulu aku ni hantu pedas dan pernah dok Johor so kire otailah dalam bab-bab makan pedas. Sekarang tak buleh dah beb, gua dah pencen. Sikit-sikit buleh ler.




Apa-apa pun aku lepas ni kena berhati-hati kalau nak makan pedas. Dan paling penting aku akan pastikan makanan aku tidak mengandungi buah betik! Hahak. Korang boleh teruskan makan betik. Tapi tak perlu ajak aku okay.

p/s : Aku suka makan bayam! Boleh jadi kuat macam Popeye.

17 comments:

Ara Drew said...

bruk mek teringat ktk xmkn betik..
ayang plak mkn timun..nang mcm2 jklh..haha

EYA NADIA said...

aok lah. hehe ingt x ktk bus x mkn pisang. ngeh ngeh. kmk nang x buleh eh mkn betik!

Unknown said...

eh..sama dengan akak la..
tapi dulu la..
akak tak makan betik..
bau pun tak boleh..
tapi masa mengandung nurse suruh makan jugak sebab orang ngandung senang kena sembelit..
kena makan jugak la..
sekarang kadang2 je akak makan..
tapi selalu jugak ngelak kalau orang pelawa..heheh

EYA NADIA said...

owh ade gak upenya geng yg x mkn betik hehe..
eya x leh la kak, jgn kate telan bau dier pn x lalu nk cium. huhu

immukmin said...

betik sedap...bagus untuk kaum adam...hohoho... cuba lah sekali..insyAllah boleh...

EYA NADIA said...

mmg la bgus. mcm2 khasiat. tp yg untuk kaum adam tu ape lak yg bgusnye? huhu

immukmin said...

rohani dan jasmani nye...ohohhoho

Amir Syahir said...

keh2.haa

Cik Bulat said...

betik sedap. cubala makan. :D

EYA NADIA said...

hmmmm x tahu la camne rase dia. x nk. x nk. xnk.

sarah honey said...

aaaaa da lme tak makan betik.huhu

EYA NADIA said...

wah x sangka bnyk ler pulak peminat betik hehe

ghost said...

lau ko sembelit ko tibai lar papaya k..

[sutera kasih] said...

betik adalah kesukaanku ! haha

EYA NADIA said...

x de maknenya nk tibai...pengsan masuk icu kang hahak

Zue Sancer said...

la..betik sedap la eya..try la...memangs edap giler!sebijik pon aku boleh habiskan huhu

EYA NADIA said...

@Ayatul Husna

fuyoo satu biji ke? betul-betul hebat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...