Monday, December 20, 2010

SINETRON:BUKAN DIRIKU



Drama "Bukan diriku" berkisah tentang sepasang kekasih iaitu Rio dan Ayla yang kerja kat syarikat pengiklanan.Rio ni seorang yang workaholic dan seorang yang susah yang nak luahkan perasaan dia walaupun dengan awek dia sendiri,Ayla. Secara tidak langsung ini membuatkan yang Ayla rasa Rio tu tak bersungguh-sungguh mencintai dia. Rio juga selalu lupa janji dia pada Ayla.Sedikit demi sedikit Ayla akan rasa putus asa dengan sikap Rio dan dia minta break up. Lepas tu, Rio baru rasa menyesal dengan sikap dia dan berusaha untuk memenangi hati Ayla ni semula. Rio sememangnya sangat sayang kat Ayla.


Sempena hari ulang tahun kelahiran Ayla, Rio nak hadiahkan sebentuk cincin untuk Ayla dan dia minta Ayla datang jumpa di suatu tempat yang dijanjikan. Ayla mulanya agak keberatan nak pergi tapi bila dapat tahu dari Marina iaitu kawan sekerja dia, tentang Rio yang dah buat persediaan dari awal untuk Ayla tu so dia pun setuju nak jumpa Rio.Ketika Ayla mahu melintas jalan, datang sebuah kereta yang dipandu laju oleh Ariel yang sememangnya mahu melanggar dia, tapi diselamatkan oleh Rio yang akhirnya terbunuh sebab selamatkan Ayla.



Ariel anak majikan di tempat Ayla dan Rio bekerja dan dia sudah pun bertunang dengan Livi anak pengurus syarikat yang berusaha sama dengan sayrikat Ariel,tapi ada skandal dengan Marina, kawan sekerja Ayla. Selain itu Ariel juga bersifat pentingkan diri dan mengjengkelkan. Dia pun cuba nak mendekati Ayla tapi tak dilayan. So dia agak benganglah sebab kehendak dia tak dituruti.

Selepas Rio terbunuh sebab menyelamatkan Ayla, Rio mendapati roh dia masih hidup,kiranya yang mati hanyalah jasad dia dan bukannya roh dia. Dan ketika dia dalam keadaan keliru memikirkan keadaan itu seorang jururawat menerangkan fenomena yang berlaku kepada Rio juga terjadi pada dirinya. Rio telah meminta jururawat terbabit untuk membantu dia.


Secara kebetulan, Ariel turut tercedera ketika cuba melanggar Ayla dan dia pun koma di hospital. Pada saat inilah jururawat terbabit mencadangkan Rio untuk memasuki jasad Ariel. Rio bersetuju dengan cadangan jururawat tersebut kerana dia beranggapan dengan cara ini dia boleh sentiasa mendekati Ayla dan dia nak luahkan rasa cinta dia pada Ayla. Namun demikian,masalah lain pula timbul kerana Rio agak sukar mendekati Ayla pada mulanya sebab Ayla sememangnya membenci Ariel. Rio hanya hidup pada roh tapi sebaliknya jasad ialah kepunyaan Ariel.

Rio yang berada dalam badan Ariel telah memutuskan pertunangan dengan Livi ketika mereka sedang memilih gaun pengantin. Akibat dari malu dengan peristiwa terbabit, Livi telah membunuh diri. Ayah Livi yang kecewa dengan kematian anaknya bertekad untuk menghancurkan hidup Ariel. Disamping itu, pelbagai masalah perlu dihadapi oleh Rio yang berada didalam badan Ariel. Ariel yang jahat mempunyai ramai musuh, dikaitan dengan pembunuhan seorang lelaki bernama Anton dan juga tentang skandal dia dengan Marina.


Rio yang berada dalam badan Ariel telah terperangkap dalam dilema ini, dan macam mana dia nak mendekati dan luahkan perasaan cinta dia kepada Ayla. Rio tidak boleh memberitahu Ayla yang dia ialah Rio sebabnya roh dia akan terpisah dari jasad Ariel so nanti dia tak dapat luahkan perasaan cinta kat Ayla. Kiranya peluang dia sangat tipislah. Rio tiada pilihan lain selain menjadi Ariel untuk terus memerhatikan Ayla.

Namun demikian, Rio sebenarnya tak dapat menerima kenyataan sekiranya Ayla melupakan dia. Adakah Rio akan berjaya memenangi hati Ayla dengan menggunakan jasad Ariel? Macam mana semua masalah Ariel perlu ditanggung Rio? Adakah Rio akan bagitahu siapa sebenarnya dia disebalik tubuh Ariel? Nantikan kesudahan kisah ini.


Pelakon Utama:
Baim Wong
Ririn Dwi Ariyanti
Betrand Antolin


Pelakon Pembantu:

Ray Sahetapy
Debbie Cynthia Dewi
Rama Michael
Fikri Ramdhan
Shireen Sungkar
Andrea Dian
Eno TB

Lagu Tema: Bukan diriku 
Nyanyian: Samsons




Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik

Yang ada di hatimu


Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku



Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu



Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku



Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu



Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku



Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku

Sunday, December 19, 2010

WANGSA MAJU HERE I COME:PART 2

Tidak ada orang jemput,jauh sekali ada yang sudi nak hantar.So kena naik bas pergi sendiri. Dari kecik sampai besar semua kena buat sendiri. Umur 7 tahun pun aku dah pandai naik bas tambang untuk balik rumah dari bandar. Nasiblah tiada orang berminat nak culik aku masa tu. 


Berbekalkan alamat yang diberi oleh Housemate yang aku tidak kenal lagi masa tu aku ambil teksi untuk pergi wangsa maju.Terjadi satu insiden yang agak membengangkan aku dengan orang teksi. 

Situasi 1

Lokasi: Stesen Bukit Jalil
Masa: Sekitar pukul 4 Petang
Tarikh: 5 Disember 2010

Hamba Allah: Adik nak pergi mane?
Nadia           : Wangsa maju. Berapa tambang?
Hamba Allah: Area mane tu?
Nadia           : Seksyen 2, dekat LRT and Jusco Alpha Angle.
Nadia           : Berapalah tambangnya?
Hamba Allah: Itu abang tak tahulah. Tanya orang teksi ni.
Orang Teksi : RM 42 bolehlah,kasi jalan terus adik.
Nadia           : Kurang sikit tak boleh ke?
                     (Mahal seyh aku mengomel dalam hati)            
Orang Teksi : Jalan banyak itu sesak lah adik ini hari.
                    Pasang meter lagi kasi bayar lebih. Amacam? Boleh?
Nadia          : Okay bolehlah. RM 42 je tau. Jangan ubah-ubah.
                    (aku tak banyak pilihan dan terpaksa bersetuju)     
Orang Teksi : Naik itu teksi adik.RM 2 sini bayar dulu.
Nadia          : Barang saye ada dekat hujung sana,dekat bas.
                    (Bayar RM 2 dekat sini ke,aku cakap dalam hati)


Orang teksi tu bawa aku pergi dekat barang-barang aku dekat dengan bas. Saat dia tolong aku angkat barang agak tercungap-cungap jugalah aku tengok. Oleh kerana dia tercungap sedikit tu then dengan selamba badak dia bagitahu aku,

Orang Teksi : Ini macam kasi RM 45 lah adik. Ada kasi angkat barangkan.
Nadia            : Apa RM 45 pula?
                     (aku tunjuk muka tak puas hati)

Aku rasa nak bom je orang teksi tu!

Wattafak la kau weh, baru tolong angkat barang aku satu kotak je kau minta charge RM 3. So keseluruhan aku kena bayar RM 45 lah kiranya. Oleh kerana aku dah naik teksi dia dan barang-barang pun dah letak dalam teksi tu mahu tak mahu aku terpaksa bersetuju. Dalam hati aku sangat bengang, tadi dah janji tak ubah harga then mungkiri janji pula. Cakap tak serupa bikin la lu Macha. 

Situasi 2


Lokasi: Dalam Teksi (yang mungkir janji tu kan)
Masa: Nak dekat pukul 5 Petang
Tarikh: 5 Disember 2010

Aku tak banyak cakap dalam teksi gara-gara benganglah dengan Macha si pemungkir janji ni kan. So aku pun layanlah Handphone aku lagi baik. Sepanjang perjalanan nak pergi Wangsa Maju aku tak nampak pun jalan sesak seperti yang sedia maklum. Dasarlah kau wahai orang teksi yang mungkir janji, kau tipu aku lagi weh. Sumpah tak de kesesakan lalu lintas langsung. Aku memang tak sabar nak blah keluar dari teksi ni tahu. 

Nadia          : Pergi Seksyen 2,dekat dengan LRT.
Orang Teksi : Mana jalan rumah kamu. Mana itu seksyen 2?
Nadia          : Awak tak tahu ke? Saya mana tahu.
                   (Lain kali tak payah hantar kalau tak tahu)
Orang Teksi : Ini tempat saya tidak biasa juga. Ini jalan ka?
Nadia          : Ini jalan la saya rasa. Belok kanan.
                    (Aku main belasah je dan bertambah bengang.
Orang Teksi : Mana tempat? Betul ini jalan?
Nadia          : Eh, rasa macam salah jalanlah. Patah baliklah.
                    Sekejap saya call kawan tanya.

Aku pun call Hueda untuk bertanyakan jalan unyuk pergi seksyen 2 malangnya Hueda tak dapat nak menerangkan walaupun dia tahu. Senang cerita susahlah la nak cerita dalam telefon. Dan aku bertambah cuak dan bengang. Kebetulan ada seorang mamat yang sedang duduk dekat perhentian bas saat teksi melalui jalan tersebut dan orang teksi tu cakap,

Orang Teksi : Kasi tanya ini oranglah.
Nadia          : Hah?
                   (Aku hanya mampu buat reaksi terkejut) 
Orang Teksi : Mana itu jalan mahu pergi LRT?
Mamat Itu   : Jalan terus lagi lepas tu belok kiri nanti jumpa.
Orang Teksi : Teruska? Okay terima kasih.


Orang teksi tu ikut direction yang mamat tu bagi dan finally aku rasa aku dah semakin hampir dengan seksyen 2. Aku sedikit gembira. Tapi masalahnya aku tak pasti mana kawasan rumah aku. Aku kan tak datang tengok,main setuju je. Tapi akhir aku jumpalah rumah tu. Tak boleh harapnya orang teksi. Kalaulah aku ni pelancong asing yang tak tahu langsung pasal Malaysia ni agaknya manalah kau hantar aku.

Inilah, cabaran aku yang pertama kali naik teksi dimana orang  teksi tak tahu tempat. Pencen jelah weh dari bawa teksi. Finally, hari yang aku nantikan tiba. Kalau dulu aku selalu pergi Wangsa maju sebab pergi rumah Hueda dengan Azim. Now,aku sendiri dah tinggal dekat sini. Aku masih risau dan agak excited mahu mulakan hari baru aku dekat sini.Hidup berdikarilah katakan.


P/s : Kepada orang teksi yang tak tahu dan tak pasti jalan lain kali jangan ambil risiko nak hantar orang tu, jangan pentingkan duit semata-mata yang penting kepuasan pengguna terhadap service yang diberi.

WANGSA MAJU HERE I COME:PART 1


Memang dah datang pun.
Dua minggu dah kot.
Bertapa dan meneruskan hidup.
Dengan berbagai perasaan.
Dan yang pasti, 
Aktiviti blog tak berapa aktif.
Bukan apa,
Internet tak sihat.
Maka jawapannya,
Jaranglah updates.


"Aku rindu sangat dengan kau my blog, sebab aku tahu kau faham aku. Dengan siapa lagi aku nak bercerita kalau bukan dengan kau. Walaupun kau tak pernah bercakap dengan aku,tapi bagi aku cukup baik kau bagi aku peluang luahkan segalanya dekat kau. Terima kasih ye." 
..................................................................................

Ayat diatas semuanya sedikit emo dan gila. Aku mengomel sendiri, dengan diri aku sendiri. Adakah aku gila? Mestilah tak okay. Aku waraslah. Cume itulah hobi dan tabiat aku, bercakap sorang-sorang lepas tu jawab. Hakhak. (Bagus tak payah tanya kalau sendiri jawab)

Wah, gila panjang intro entry aku sebelum pergi ke cerita sebenarnya. After seminggu final exam tu aku banyak habiskan masa lawat nenek,mak cik,pakcik,sepupu-sepupu aku dan baby masing-masing. Aku tak balik rumah dekat Kuching pun, yelah seminggu je hah masa cutinya.Aku jadi peneman setia mak cik aku pergi klinik gigi. Mak cik aku ni dia nak buat gigi palsu yang baru, so all gigi kena cabut! Auwwwwww. Sakit tahu. Hari pertama cabut sebatang, hari kedua cabut dua batang, hari ketiga lima batang sekali gus.Ambik kau,berani habis mak cik aku ni.Aku sedikit tergagam dan tabik la dia berani cabut lima batang sekali gus. Korang pernah?


Sedih gak la nak meninggalkan Johor tercinta ni. Apa boleh buat,bak kat orang life must go on. Aku kan perlu habiskan Latihan Industri aku untuk jangkamasa enam bulan. Lepas tu, merdeka. Tak de belajar dah. Tak sabarnya mahu  tunggu saat tu tiba. Yang pasti aku akan rindu Johor. Rindu Jusco Tebrau tempat selalu lepak dengan kawan-kawan, rindu naik bas Maraliner yang macam sardin, rindu asam pedas yang aku takut nak makan sekarang, rindu pantai yang berjaya menggelapkan aku, rindu Plaza Pelangi tempat aku selalu touch up rambut, rindu E&Y Restoran mamak tempat aku makan roti canai, semua akan aku rindu okay!

Jusco Tebraucity

Tiket bas Maraliner

Asam pedas johor. Sedap tahu.

Jeti di Tanjung Balau.

Salon kesukaan dalam Plaza Pelangi ni.

Roti canai kegemaranku.

Macam-macam yang bermain di fikiran aku sebelum pergi latihan industri. Boleh tak aku survive? Macam  mana kerjanya? Selamat tak? Tempat tinggal ,makan,pakai semua cukup tak? Ehhhhh banyaklah. Apa yang boleh aku kata, dalam aku gembira dapat spend time jalan-jalan dan habiskan masa dengan sauadara mara aku sebenarnya risau dan perlukan sokongan.


Masalah mencari rumah, dalam masa seminggu tu pun agak payah aku nak arrange. Aku dekat Jb, then rumah nak cari mestilah ada dekat Kl. Aku bertuah punya kawan-kawan yang banyak membantu. Sharifah,Miera and Hueda terima kasih kat korang tolong search dan cari rumah untuk aku. Time aku pick rumah, aku tak datang tengok pun. Aku tawakal habis. Janji ada. Masalah lain belakang cerita.


Sehari sebelum pergi Kl baru aku nak pack barang. Agak banyak jugalah. Aku mana pernah bawa sikit barang, semua nak banyak. Aku dah cuba kurangkan tapi tak boleh. Aku perlu semua barang-barang tu. Half dari barang aku yang dari kolej aku drop dekat rumah pak cik. (Jaga diri baik-baik ye barang-barang) Nanti kalau ada rumah sendiri tak tahulah macam manakan.

P/s : Aku berhijrah lagi, itu kan perlu untuk pengalaman hiduplah katakan.

Wednesday, December 8, 2010

LOVE THE WAY YOU LIE

Bukan idea aku untuk menamakan post entry ni "Love The Way You Lie" dan secara kebetulannya aku tidak berapa layan lagu ni mungkin sebab imej Rihanna yang banyak sudah berubah dan buat aku dah tak minat dia sangat berbanding dahulu.Bacalah sehinggah habis dan nanti korang akan tahu kenapa tajuknya "Love The Way You Lie". Oh ya macam biasa aku sertakan video pilihan yang aku suka layan dan hope korang pun suka okay.

awek-awek cun bersuara lunak.

This is mashup song.
Walaupun bukan sepenuhnya lagu love the way you lie.
Tujuan video ni, suara dialah.
Cuba dengar.

Muzik. Adunan irama dan lagu disaluti bait-bait lirik yang bermakna dan membuai jiwa lalu menjadi siulan orang-orang yang rasa ada kaitan dengan mereka. Paling tidak pun kerana trends. Entry sebelum ni pun aku ada menyatakan bahawa aku memang kaki menyanyi dan rindu mahu pergi karaoke. Tapi kali ni aku bukan mahu buat sambungan entry tersebut. Aku mahu selesaikan "tag" yang diberi pada aku oleh Gadafi. Terima kasih ingat juga dekat aku. 


boleh pergi singgah blog dia okay.


Tapi terus terang buat pertama kali aku baca tag yang diberi ni,sumpah aku tak faham cara nak buat dia. Sehingga aku memerlukan bantuan penterjemahan kawanku Si Miera. Dan amat malang sekali dia lagi la,harap pagar pagar makan padi, 2x5 sama sahaja 'ngak ngerti dong'. Hakhakhak. Tapi jenis aku bukan yang berputus asa, so aku baca agak banyak kali sambil mata terkebil-kebilkan baca tulisan kecik halus mulus lagi comel lote dekat blog Gadafi tu.

Bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan" dan kemahuan aku membuahkan hasil. Tanpa membuang masa aku ambil sehelai kertas dan pen untuk jawab tag ni. Di temani Miera yang kelaparan sambil makan maggie cup dan air panas indocafe aku habiskan jawab tag ni. Korang nak cuba? Jomlah!

Baca arahan dekat bawah ni.
Kalau tak faham omputih ,sila buka kamus okay.

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG & ARTIST  NAME DOWN NO
     MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag your friends (& dont forget to tag me back)
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun! 

1) IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY'  AND YOU SAY?
    Falling For You-Colbie Caillat
    [gila gatal aku,selamba badak mengaku]


2) WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
    Sexy Bitch-Akon feat David Guetta
    [Oh no! Bukan aku  _ _']


3) HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
    For The Rest Of My Life-Maher Zain
    [tak de kene mengena]


4) WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
    I'm Yours-Jason Mraz


5) HOW DO YOU FEEL TODAY?
    Be With You-Akon
    [yup, dengan kamu wahai kawan2ku,miss them a lot]


6) WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
   Without You-Mariah Carey
   [aku tak nak hidup alone lah-tipu!]


7) WHAT'S YOUR MOTTO?
   Tik Tok-Kesha

8) WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
    My Baby You-Marc Anthony
    [sesetengah memang panggil aku baby-macam tahu je]


9) WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
   Gettin Over You-David Guetta feat Chris Willis Fergie & LMFAO


10) WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
     I wanna Love You-Akon feat Snoop Dog
     [Awat aku jiwang sangat ni]
     

11) WHAT IS 2 + 2?
     Baby,It's Fact-Hellogoodbye
     

12) WHAT DO YOU THINK OF YOUR EX BOY/GIRL/BESTFRIEND?
      My First Kiss-3OH!3 feat Kesha
      [Huyo! sangat hot ini jawapan]


13) WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
     Rude Boy-Rihanna
     [watafuk ini?]


14) WHAT IS YOUR LIFE STORY?
     One Sweet Day-Mariah Carey feat Boyz II Men
      [i was hope every day is sweet lol]

15) WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
      Mansard Roof-Vampire Weekend
      [memang aku barang]


16) WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
       In My Head-Jason Derulo
       [selalu mikiran kamu dong haha]


17) WHAT WILL YOU DO AT YOUR WEDDING?
      That Thing You Do-The Wonders
      [sesuai sangat jawapan haha]

18) WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
      Mad-Ne.Yo
      [apa kaitan nak marah lak?]


19) WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
       Impossible- Shontelle
       [memang aku selalu fikir yang pelik-pelik]


20) WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
      So sick-Ne.Yo
      [ tak nak la sakit  _ _']


21) WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
      No Air-Jordin Sparks feat Chris Brown
      [larh buat apa nak rahsia benda ni]


22) WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
      Like Only A Woman Can-Brian Mcfadden
      [my music player know me better hehe :)]


23) WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
      Break Your Heart- Taio Cruz feat Fraser T Smith
      [Tipu! =.=']


24) WHAT'S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
      Big Girl Now- Lady Gaga feat New Kid On The Block
      [memang dah cukup "big girl" now]


25) WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
      Sweet Dreams-Beyonce Knowles
      [aku suka mimpila! tak nyesal pun]


26) WHAT MAKES YOU LAUGH?
      Always Be My Baby-David Cook
      [suka sangat lagu ni dan semestinya buat aku ketawa je]


27) WHAT MAKES YOU CRY?
      Hate That I Love You-Rihanna feat Ne.Yo
      [menangis kerana terlalu sayang okay bukan sedih]


28) WILL YOU EVER GET MARRIED?
      Bitter Heart-Zee Avi
      [best lagu ni,aku nak pasang time wedding day nanti haha]


29) WHAT SCARES YOU THE MOST?
      One,Two Three-Britney Spears
      [aku tak takut nombor!]


30) DOES ANYONE LIKE YOU?
      Down-Jay Sean feat Lil' Wayne


31) IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU
CHANGE?
      Run This Town-Jay-Z feat Rihanna


32) WHAT HURTS YOU RIGHT NOW?
      Diary Of Jane-Breaking Benjamin
      [peduli apa aku dengan diari orang haha]


33) WHAT WOULD YOU WANT TO SAY TO THE PERSON WHO TAGGED YOU?
       Your Love-Nicki Minaj
       [terima kasih ingat aku]


34) WHAT WILL YOU NAME THIS POST?
      Love The Way You Lie-Eminem feat Rihanna
      [sesuai sangat tajuk ni]




Okay im done my part, now turn korang okay. Seronok juga jawab tag ni . kelakar sebab kadang-kadang jawapan entah apa-apa.Aku gelak tahap gaban pecah perut sampai terkeluar air mata dengan Miera. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada Gadafi sebab bagi tag yang sangat best ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...