Sudah lama sebenarnya aku mahu buat entry khas untuk sahabat baik aku yang seorang ini. Pengarang jantung hati aku. Kalau kau lelaki dah lama kita jadi couple kan sayang. Mesti sekarang kita sudah menyambut ulang tahun menjadi couple yang ke 4 tahun. (okay berhenti mengarut)
Aku memang sangat pasti semua orang di dunia ini perlukan teman. Tak kiralah teman hidup (ketika mati tak boleh teman dah), teman sejati, teman istimewa, teman pergi tandas malam-malam (terutama pelajar perempuan yang tinggal dekat hostel) dan macam-macam temanlah. Ikutlah nak klasifikasikan apa jenis teman yang dimahukan. Dan aku juga tidak terkecuali perlukan teman. Teman aku dikala suka dan duka, dikala aku susah dan juga senang.
Sharifah Fauziana binti Wan Kebrawi@Kiprawi, inilah nama yang tercatat dalam kad pengenalan dia di tepi gambar budak hingusan. Memang dia hingusan pun. Sebab sampai sekarang aku berani jamin hidung dia selalu dapat penyakit selesema. Nasiblah anti body aku kuat,kalau tak selama aku bersama dengan dia aku pun dilabel budak hingusan juga.
Antara sebab aku kembali berblogging pun sebab dia. Mula-mula dia senyap aku aktif tapi sekarang kami mahu sama-sama aktif. Thanks la babes bagi aku semangat yang sudah hampir berkubur. Menggelarkan dirinya sebagai cik dara kononnya (pirah-ayat yang selalu kau cakap) dan aku pun tak sangka kau nak pilih nama tu. Nanti kalau kau dah berlaki tukar lah ke puan dara pula.
Aku sangat berbesar hati sebab impian aku mahu kau jadi first followers aku sudah tercapai. Terima kasih G.G nama manja yang aku bagi dekat dia. Aku pun tak tahu mana datang idea G.G tu. Sedangkan semua orang panggil dia MBOK. Tak pe nanti sampai mati kau akan ingat aku. Sebab aku seorang panggil kau macam tu.
Mesti kau rindu dekat aku kan? Siap post email dekat aku. Tak pernah-pernah kau buang tabiat buang macam tu. Nampak sangat kau kedekutlah tu nak mesej atau call aku kan. (muka jahat) Tapi apa-apa pun aku hargainya dan kau pun tahu aku rindu giler babeng sangat dekat kau. Kalaulah boleh kita ulang balik zaman tinggal dekat asrama itu aku nak sangatlah. Yang paling penting kenangan pergi pantai tu kau ingat tak? (mesti kau bengangkan dengan cikgu itu)
P/S: Nanti kalau kahwin jangan lupa jemput aku dan aku mahu jadi tetamu vvip okay. (wah demand membe kau ni kan)
P/S: Nanti kalau kahwin jangan lupa jemput aku dan aku mahu jadi tetamu vvip okay. (wah demand membe kau ni kan)
6 comments:
hahaha.. lwak..
minat dgn gmbo & dialog kat pixcha tu..hihi
arghhhhhh! napa gayah yg komen dulu?? hahaha nnti ko gayah,ko dh tgk gmbr aku time still cute ala2 mnja gitu..haha
haha itulah bende yg dikatakn agaknye dlm dialog tu_gayahspears
g.g ktk bgun akhr lak ne ndak da owng len dolok komen dr ktk bah g hehe aikkkkkkk nang ngaku dirik cute jak2(muke dengki)
ohhh.. sweet.. =)
terima kasih. : )
Post a Comment