Aku bagaikan dilahirkan semula. Dilahirkan untuk lebih peka terhadap perkembangan disekeliling aku. Maksud aku, menjadi orang yang baru tapi tetap dengan identiti yang sama. Aku tetap aku. Mana boleh bertukar jadi Lisa Surihani, jauh sekali Tiz Zaqyah mahupun Diana Danielle. Jauh panggang dari api, bagai langit dengan bumi aku hanya memiliki kecantikan sederhana tapi cukup manis untuk dipandang. (tipu je ni)
Okay sempena pembukaan blog baru aku ini, aku cuma berharap dapat menambah lagi pengetahuan sedia ada aku disamping aku sendiri memang suka mengarang walaupun aku bukanlah sebagus orang yang lebih berpengalaman. Dengan berbesar hati serta jiwa dan raga aku minta diberi tunjuk ajar kalau ada yang salah dan apa yang aku tidak tahu. Aku sememangnya suka terima segala teguran terutama yang membina dan bukan mengkondemkan aku.
Tentang aku pula secara terincinya kalau aku cerita sampai esok lusa pun tidak akan tamat bagai kisah telenovela yang panjang berjela-jela sampai bosan tunggu mahu habis. Cukup aku melalut.
Secara ringkasnya aku masih pelajar yang menuntut jurasan perakaunan. Seorang yang sukar diramal perlakuannya. Suka bercakap dan bercerita sampai kawan-kawan yang dengar tertidur (mesti mereka bosan). Banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan dari keluarga kerana mereka sibuk. Nampak garang dan brutal tapi suka warna merah jambu (kantoi dah). Dan yang pasti aku memang belajar berdikari dari kecil dan sekarang aku lega kerana aku boleh di kateogorikan insan yang kuat emntal dan fizikal. Macam orang selalu kata,pengalaman mematangkan kita dan menjadi guru yang paling penting dalam melalui kehidupan di hari mendatang.
P/S: Maaf jika ayat aku sedikit skema. : )
4 comments:
skema itu cool.. salam kenalan ye
hehe sejuk sgt sampai ke tulang ye,hehe salam kenalan gak.: )
tukar lah.. skema itu hot. ..
hot sgtlah.haha
Post a Comment