enjoy watching this video
Lama aku tak layan video dekat youtube. Banyak yang baru-baru dan aku suka. Tapi yang pasti pencarian aku tertumpu kepada Gamaliel Tapiheru dan Audrey Tapiheru. Dua beradik ni memang punyai bakat besar yang hebat.
aku minat korang
Video yang aku letak ni antara yang terkini dari mereka. Tidaklah baru di muat turun, adalah lebih kurang empat bulan lalu tapi bagi aku baru. Namapun lama tak layan, so memanglah jakun sikit. Macam biasalah hasilnya memang memuaskan. Dan sekali lagi aku terpesona pada kelunakkan suara dua beradik ni. Sampai aku asyik ulang-ulang dengar sampai beratus-ratus kali setelah aku bluetooth ke Handphone aku.
Fuh, kalaulah aku ni punya suara lunak berkrim lagi mantap macam dua beradik ni, mesti Lee Min Hoo si pelakon korea yang comel lagi macho tu terpikat dengan aku kan. (mesti korang baca sambil buat kening berkerut dan cakap perasannya)
Pada aku, menyanyi adalah salah satu seni yang menarik. Seni yang indah. Seni yang penuh kejutan dan punyai rahsia tersendiri. Aku memang pencinta seni. Suka menyanyi dan perasan juga kadang-kadang macam penyanyi. Siapa kata suara aku tak merdu dan sedap didengar, cubalah dengar. (sila jangan percaya)
Kalau korang rasa gembira atau sedih mesti korang lagi semangat mahu dengar lagu bukan? Macam aku, boleh menangis kesedihan sampai tahap air mata tujuh tempayan yang mengalir (over giler) kalau dengar lagu sedih. Kadang-kadang lagu sedih yang aku dengar tu aku tak faham pun. Mana tak dah lagu tu dalam bahasa latin, faham pulak akukan. Tapi dengar muzik dia sedih dan mendayu-dayu rasanya penyanyi tu tengah nyanyi kisah yang sedih agaknya.
Okay, tentang nyanyi dan muzik ni aku teringatlah time aku kecik-kecik dulu. Aku pernah nangis berguling-guling. Marah sampai hidung kembang kuncup dengan nafas laju bak kereta F1 dan memekik-mekik dekat mama (ampunkan dosa anak mu ini) minta dihantar ke kelas piano. Aku nak belajar main piano. Tapi mama tak bagi. Bagi macam-macam alasan. Memang panas sangat rasa hati. Sedihnya.
Dan sekarang minat itu tak pernah padam. Cuma aku tak tahu bila aku dapat peluang nak belajar. Sekarang ni pun, aku akui aku sedikit rasa jealous dekat adik-adik tiri aku sebabnya diaorang dihantar belajar piano. Mama aku ni orangnya sukar di ramal. Aku kadang-kadang rasa dia macam tak sayang aku, tapi kadang-kadang mama baik dengan aku.
Habis cerita mama aku tu, tak cerita nanti aku sedih. Berbalik kisah nyanyi tadi aku ada juga nostalgia tersendiri. Buat pertama kalinya aku masuk pertandingan nyanyi ialah dekat sekolah rendah. Aku darjah tiga time tu dan cikgu yang pilih untuk wakil kelas sempena minggu bahasa inggeris. Aku ingatlah nama cikgu aku,(mendiang) Cikgu Chai. Dan lagu yang aku kena nyanyi Que Sera Sera. Korang mesti tahu lagu ni.
Lagu yang nostalgia aku,
korang mesti selalu nyanyi time kecik-kecik
Tapi nak dijadikan cerita, setelah aku berhempas pulas practice hari-hari, Tup, tup tiba hari pertandingan aku terlupa dan aku tak datang sekolah sebab ikut mak cik dan anak-anaknya pergi mana entah aku tak ingat. Banganglah weh. Aku sesungguhnya tak teringat langsung tentang pertandingan nyanyi tu dan apa yang merasuk aku time itu sampai aku pergi ikut diaorang. Sampai sekarang aku rasa bersalah dekat Cikgu Chai sebab penat je dia train aku. Dui Bu Qi, Chai Lau Shi ( dalam mandarin-yang bermaksud : Maaf,cikgu Chai)
Aku rindu kat cikgu aku time sekolah rendah.
Menyanyi itu akan tetap jadi minat aku sampai bila-bila dan nanti ada masa aku akan buat satu video (bolehlah tutup telinga dengar suara aku nanti) Dan aku teringin mahu ada abang macam Gamal tu dan akulah si Audrey adik yang back up abang dia. Tingginya alahai angan-angan aku. Yelah, nama pun anak tunggal so sudah tentulah aku mahu ada adik beradik sedarah sedaging, seibu dan sebapa. Tapi aku bersyukurlah, aku ada adik tiri. Dan sekarang walaupun tak berapa nak rapat.
P/s: Janganlah korang malu nak nyanyi di khalayak ramai kerana keberanian ini membantu korang untuk tampil lebih yakin apabila berhadapan dengan jumlah manusia yang ramai nanti. Dan yang pasti, sayangilah adik-beradik korang okay.