Sunday, April 1, 2012

FULL HOUSE

I MISS THIS FACE SO MUCH.
RAIN.
Memang kebelakangan ni asyik ujan je kat kawasan umah aku.


Demam aku semakin sembuh. Hidung tarak tersumbat lagi sudah. Happy. (Sambil buat gigi rabbit; perasan RAIN senyum kat aku) Keh keh keh. Besok akan jadi lebih bersemangat untuk bekerja dan teruja sebab esok ada training class. Belajar ilmu baru. Yahooo. Sebab aku ni memang malas nak ulang kaji sendiri so bila ada training kelas mestilah good news bagi aku dan just dengar je coach bebel-bebel. Tapi coach aku cantik okay. 

Sebenarnya disebalik wajah RAIN ni ada wajah lain juga yang aku rindu. Juga ada kenangan nya dengan tarikh hari ni. Kalau lah dunia ni tak kejam mungkin akan lebih bahagia. (korang tak perlu faham ayat ni) Ha ha ha biasalah ayat Minah bunga memang belit-belit. Yang paling lawak bila aku teringat akan seorang rakan  yang aku kenakan sempena APRIL FOOL kan. Pandai juga aku buat muka serius dan dia percaya. Tahun ni tak buat dah. Veteran kan. Duduk umah jelah. Rehat, (Padahal demam)

Full House.
Tahu banyak yang dah tengok drama ni.
Tapi bagi aku beberapa kali tengok pun mesti separuh jalan je.
Yelah, nama pun dugaan bercinta kan, so orang tak nak bagi aku dengan RAIN lama-lama.
Tettttttt, pirahhhh. perasan lagi.
Bukan pe, kesimpulan nye ada je lah halangan otw nak habiskan tengok drama ni.
So,


Demi mengubati rindu, menyemarakkan keterujaan aku kat RAIN tu maka aku tekah mengambil keputusan untuk berkunjung sendiri ke FULL HOUSE. (sila klik link untuk lebih lanjut) Tak payah pergi jauh kat Korea nun. Kat Malaysia pun ada dah. Buat yang tak tahu, sekarang ni memang ada pun restoran yang namanya FULL HOUSE

Sudah tentu bukan RAIN as CEO nya lah. keh keh keh Apa yang menarik perhatian aku sebab suasana restoran dia yang comel, elegan bla bla bla terselit la butik sekali kat sini. Tak dapat hias bilik ala ala Inggeris pun tak pe. Janji dapat aura ala-ala Inggeris kat tempat makan. :)

Secara rasmi aku berkunjung kesini sempena menyambut ulang tahun kelahiran teman karibku. Lain kali nak datang lagi dengan ehem ehem pula okay. suke suke,





Dalam banyak-banyak menu, yang kat atas ni jugak semua orang order. ;)

LAST, encik RAIN sila jage diri sendiri lah ye.
Awak kan masuk kerahan tenaga sekarang.
:)

P/S : Setiap kenangan terindah itu akan disimpan dan menjadi memori terindah hingga hujung nyawa. :)

1 comment:

qasyh najihah said...

jeles nya . tak ajak jia ponggg :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...