Lokasi : Bilik hostel aku
Masa : Malam lepas dinner
Mood : Exam tapi macam tak exam
Tindakan: Bukak blog aku lah apa lagi
(Lagu blog aku berkumandang, siapa yang tanya hari tu ni aku nak habaq tajuk dia kalau cinta dinyanyikan oleh bekas pak we aku artis yang bernama Aliff aziz dengan Joanna)
..................................................................................................................................................
Aku : Baru aku teringat aku nak join contest ni lah.
Miera : Contest apenye?
Aku : Contest ke? Tapi tulis tertera kat sini giveaway. Hahak.
Aku nak la weh hadiah dari Paris Hilton ni hah.
Miera : (sambil lari-lari anak kangaro pergi kat aku) Ermmmmm,
Paris Hilton sangat lah. Ni dari Paris lah ! Ek eleh.
Aku : (senyum sinis) ala ade gak depan dia Paris kan. Tak sempat
nak join time bukak blog hari tu. Dah exam adekan.
Miera : Trylah.
Aku : Semestinye beb. Dari Paris Hilton tu. : )
................................................................................................................................................
Fuyooo,cunkan.
Okay before aku bercerekarama dengan lebih jauh lagi adalah lebih baik aku perkenalkan tuan punya blog dan (rakannya) yang menganjurkan giveaway iaitu "Eiffel Tower Giveaway" ni namanya Nadia Farahida. (Eh same name nadia) Empunya nama yang manis pun semanis la empunya badankan. Alahai bertuah yang dapat.
Menurut Nadia Farahida giveaway ni limited edition sebabnya dibeli dekat Paris oleh kawannya, Farah Rais dan diaorang bersetuju dan bermurah hati nak bagi giveaway ni lepas bermesej dan gayut lame-lame tempoh hari. Meh aku kasi tahu apa yang korang patut buat kalau berminat nak join giveaway ni.
Macam biasalah seorang blogger mestilah membuat entry untuk join giveaway ni. Tajuknya " Siapa nak hadiah free dari Paris?"
Seterusnya macam biaselah letakkan gambar giveaway yang bawah ni dekat entry blog dan juga sidebar blog sertakan juga link dengan blog Nadia Farahida.
Dan settle dua syarat diatas selanjutnya macam biasa mestilah jadi followers blog Nadia Farahida.
Tanpa kedekut sorang-sorang maka tag lah 3 orang rakan blogger yang lain untuk bersama-sama memeriahkan giveaway ni.
(Aku tag : G.g , Aja , Juan )
(Aku tag : G.g , Aja , Juan )
Dan yang paling penting, jangan lupa untuk tinggalkan nama dan juga link entry giveaway ini agar mudah dijejaki dekat kotak komen dibawah entry blog Nadia Farahida yang bertajuk "Siapa nak dapat hadiah free dari Paris?"
HADIAH YANG AKAN DIMILIKI
Jeng, jeng, jeng memang best sangat hadiah yang ditawarkan kalau jadi pemenang bertuah giveaway Nadia Farahida ni. Tempat idaman aku untuk pergi bulan madu melancong iaitu tiket penerbangan pergi dan balek untuk 2 orang tapi yang lain support sendiri. Hahak.
Aku tipu je kat atas tadi.
Hadiah yang sebetulnya ialah 5 souvenirs yang akan diterbangkan dari Paris oleh Farah Rais. Dan lagi ada jugak hadiah tambahan, iaitu untuk entry paling kreatif yang akan dapat memiliki hadiah 1+1 (iaitu dari Malaysia dan Paris). Nah ape lagi korang trylah rembat satu okay. Oh ada lagi, hadiah akan ditambah jika penyertaan diterima menggalakkan.
TARIKH TUTUP:
20 .11. 2010, 12.PM
..................................................................................................................................................
SENARAI SEMAK:
Buat entry
Letak gambar & Link
Jadi followers
Tag orang lain
Tinggalkan Link
:)
Okay done.
Minyak wangi Paris Hilton sangat best woo.
................................................................................................................................................
(Sila abaikan omongan ku)
: )
Aku : Okay siap dah entry aku untuk giveaway ni Miera, tengoklah.
(Mata masih tertumpu pada laptop, saat aku pandang Miera)
Miera : Uhhhhh...kruhhhh..uhhhh...ssssss. (La dah tido rupenya)
Aku : Memang patut pun kau dah tido, proses aku buat entry ni dari
lepas dinner malam kelmarin dan finally after subuh siap. Yes.
(Ye aku memang tak tido demi yang terbaik)
..................................................................................................................................................
P/s : Semoga berjaya to all yang join giveaway ni.



















