Monday, May 23, 2011

MY LIFE AFTER FINISH STUDY

Lama rasanya tidak membuat coretan disini. Barangkali ada yang sudah lupa tentang aku. Sejujurnya aku sendiri rasa hilang arah dan otak menjadi kosong untuk beberapa ketika. Anggaplah ini intro atau perkenalan baru di tahun 2011 ini. Agak-agak ada ke orang yang mengikuti perkembangan diri aku ni? 

Alhamdulilah aku berjaya juga menyelesaikan kuliah aku untuk 3 tahun ini. Sekarang yang aku dok fikirkan tentang ke mana hala tuju aku. I'm homeless dan sudah tentunya aku perlukan tempat baru untuk membina hidup sendiri. Sekarang ni aku sudah merasakan sedikit demi sedikit bahang kepayahan yang aku perlu lalui. Hidup sebagai aku ni bukan mudah. Susahnya hidup tanpa sokongan terutama daripada keluarga. 

Cakap perihal kerja, aku sudah pun mula bekerja sebagai Wedding Planner. Gila lah. Aku sendiri tak pernah pun terfikir ataupun bercita-cita menceburi bidang yang berkaitan pekerjaan aku sekarang. Memang sangatlah jauh menyimpang daripada apa yang aku belajar selama ini. Tapi elok jugalah sebagai pengalaman baru dalam hidup kan. Apa yang aku boleh katakan, tugas sebagai Wedding Planner bukan mudah!



Dengan adanya kerjaya sudah tentu aku mempunyai pendapatan sendiri, tapi tidak lah lumayan sangat. Cukup-cukup makan. Ini bermakna aku memang tidak akan mendapat bantuan kewangan daripada my uncle and grandma selaku penaja utama hidup aku selepas ini. Ye. aku pun tersa aku ni sudah banyak menyusahkan mereka. Memang aku perlu balas budi baik mereka. Tapi aku sendiri tak pasti aku mampu atau tidak. Bunyi macam ayat orang kecewakan? Aku risau. Risau jika my grandma tidak sempat merasa. Dia sudah tua kan. 

Dari segi kewangan aku pula, sekarang ni aku berada di tahap agak membimbangkan juga. Nasib hutang bil Digi 1K aku tu sudah settle. Aku jadi penghutang pun sebab orang lain. Ye aku akui, aku terlalu bersimpati dan baik pada orang lain sampai aku sendiri mengabaikan kebajikan diri aku sendiri. Tapi apa kan daya sifat hati tisu aku ni tersangatlah kuat. Mungkin ada hikmahnya juga kenapa Allah datangkan mereka-mereka ini kepada aku. Yang penting niat aku, ikhlas membantu dan sudah tentunya harapan aku mereka akan hargainya.


Perkara ini juga ada bersangkut paut dengan cerita kewangan aku, mengenai sambung belajar. Aku tersangatlah dalam dilema. Dalam hati aku ni sudah tentumya aku mahu sambung lagi. Tapi bila memikirkan tentang my grandma dan mereka sekeliling aku. Aku terus rasa kecewa. Aku dapat rasakan yang hajat aku nak sambung belajar tu memang tak kesampaian. Sambung belajar sebelum ni pun sebab di taja MARA. Aku nampak gayanya kena berkorban lagi.

Dalam banyak-banyak kisah yang merisaukan aku, adalah terselit kisah yang manis. Bagi aku la. Setelah sekian lama single, aku telah kembali taken by him. Kenapa hati aku terbuka nak terima cinta? Bukan la sebab aku ni terdesak atau kesunyian tapi aku pun tak pasti. Aku memang jarang meletakkan harapan yang tinggi pada cinta, sebabnya aku takut kecewa. Aku pun datnag dari family yang kurang kasih sayang, mungkin aku sudah terbiasa. Relationship aku sebelum-sebelum ni pun banyak terputus tengah jalan. Sejujurnya, aku tak pernah pun nak berdate sakan macam pasangan couple yang lain. Semuanya sederhana saja. Yang selalu makan hati aku. Bukan mudah mencari cinta sejati.


Cinta aku pada kawan-kawan, tak kan pernah berbelah bagi. Kawan-kawan aku tahu tu. Aku memang jenis seorang yang sangat setia kawan. Bagi aku mereka pun sudah macam family aku. Tempat aku dapat kasih sayang. Aku pernah hantar text yang berbaur sangat lonely kepada kawan-kawan dan ternyata mereka pun rasa serba salah time tu. Hakhak aku feeling lebih time tu. Mungkin sebab aku terlalu rindukan mereka. Itu je. Dan yang pasti sambutan ulang tahun kelahiran aku pada tahun ni sangat bermakna dengan ucapan kawan-kawan yang sangat mengharukan. Juga dengan party yang sangat sweet. Thanks korang. Aku pun sayang korang.

Hampir setengah tahun berlalu, macam-macam kisah aku lalui apabila sudah habis belajar. Secara keseluruhannya aku down. Aku pun tak tahu mane pergi sifat berani dan tak putus asa aku. Anyone yang boleh positifkan kembali mind aku? Aku selalu dengar masalah orang, bagi pendapat dan nasihat tapi aku? Aku tak de tempat nak meluahkan selain kepada Allah dan air mata aku sendiri. Agak-agak ada potensi jadi gila tak if pendam-pendam ni? Hakhak.

P/s : Aku berani sahut cabaran menjadi pelakon tambahan drama SAHARA. Ada yang perasan ke? :)

Thursday, February 3, 2011

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA


Hello there. Akhirnya aku sampai juga disini. Pameran pengantin. Well bukan la aku yang nak berkahwin pun dalam masa terdekat ni tapi aku sekali lagi berjaya menceburi bidang berkaitan perkahwinan ni. Yelah, aku ni pelajar akaun, memang tak ah kan ada sylibus tentang perkahwinan ni.

Pink Affair. Tema pemeran pengantin pada kali ini. Bunyi je macam menyeronokkan. Aku terus terbayang pink panther! Comel kan dia? Hope korang semua dapatlah hadir beramai-ramai ke pameran ni nanti okay! Macam-macam info menarik, disamping ada tawaran pakej-pakej perkahwinan yang menarik dan berbaloi , pertunjukan fesyen pengantin dan yang pasti mestilah ada hadiah menarik untuk yang bertuah. So apa lagi, sila pergi.

P/s: Extra busy! Aku buat dua job.

Saturday, January 15, 2011

SPEAK NOW

Terlewat sudah rasanya mahu mengalu-alukan kedatangan tahun baru. Hampir setengah bulan sudah berlalu dan aku kembali lagi. Tiada pun azam segunung impian. Bagi aku asalkan ada keinginan dan kehendak semuanya boleh menjadi impian yang tak perlu diletak sebagai azam hanya kerana tahun baru bermula. Setiap hari adalah hari yang baru. Oh baru aku teringat, aku ada buat ucapan " Sekamat tahun baru" dekat gathering blogger anjuran Joe. Kelakar muka aku. Hakhak.




Masalah aku jarang updates belum ada penyelesaiannya. Dah dapat agak yang orang UNIFI tu akan datang lambat. Entah bila nak pasang. Aku ni berjanggut dah menunggu. Customer service yang agak menyedihkan. Duit mahu, service? Hampeh. Buat aku makin hilang sabar dan kurang berminat nak langgan. Bukan apa membantutkan perjalanan dan aktiviti aku nak berinternet. Online dekat office nanti kantoi lak dengan kakak senior yang memang garang nak mampuih.




Aku belum lagi bekerja, tapi tengah praktikal sekarang ni dekat akaun adn audit firm. Agak mencabar la, dan hampir setiap hari kena marah. Garang betul kakak-kakak senoir ni. Sumpah la aku tak nak kerja bidang akaun ni. Bosan la. Main dengan angka belaka. Kertas warna putih. Sampai sekarang aku pun tak tahulah apa hikmah dan rahsia kenapa takdir aku dekat bidang akaun ni, nak kata pandai matematik tak lah sangat. Nak kata pelajar cemerlang, gemilang, terbilang jauh sekali.

Okay stop sini dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...