Thursday, November 18, 2010

Pemberian Dari Dua Jejaka

Nak bagi tiga sekali gus? Wah rezeki namanya ni. Terima kasih sangatlah sebab sudi nak beri pemberian ni. Bertambah best lagi dari dua orang jejaka  yang bagi. Macam satu kebetulan je kan.

Birthday aku dah lepas sebenarnya dan ni ialah tiga pemberian dalam bentuk award dari Umar dan juga Juan Yuan. Ingat gak kamu berdua kat aku kan. Selalulah lagi datang menjenguk dekat blog ni ye. Hope apa yang terkandung dalam blog ni boleh bagi sharing apa-apa yang rasa boleh sharing. (peningkan ayat aku)




Inilah rupa blog Umar tu. Comel je backgraound blog dia dan sebab itu aku suka singgah sana dan Umar sangat rajin updates entry baru. Bukan macam aku ni, lambat sikit updates nya, namanya juga busy dong. (slang jawa lak terkeluar) So rasa nak baca info baru dan cergas sila-silah merajinkan diri pergi usha blog Umar okay.



Juan Yuan ni pula first followers aku kategori bukan yang aku kenal di alam realiti,kiranya tahu bila mula blogging la. Si Juan Yuan sekarang ni masih lagi dalam proses nak mencari templates yang bersesuaian dengan citarasa dan blog dia, dan aku ucapkan all the best la. Terima kasih gak eh sebab teramatlah rajin singgah kat blog ni. Sokongan anda tidak berbelah bagi gitu.

Now aku nak display ketiga-tiga award yang diberikan dua jejaka ni untuk bog aku. 

Fisrt


Cool Blog Award
Mesti rasa sangat nyaman dan sejuk macam salji je kan saat datang singgah dekat blog aku sebab tu lah dapat award ni.Baguslah at least dapat membaca entry-entry yang ada dekat lebih selesa. Hakhak.

Second


Creative Blogger Award
Sememangnya aku pencinta "kreatif" terutama sekali yang berkaitan dengan benda-benda seni makanya aku teramatlah suka mengkreatifkan diri aku. Sesuai sangat ward ni dengan jiwa kratif aku. Kadang-kadang orang kata aku gila gara-gara nak kreatif. Hahak

Third


Cute Blog Award
Wah comel sangat blog aku ni eh. Hihik. Tak ke terasa seram bila datang blog aku yang gelap ni? Lepas ni aku kena guna tagline hitam itu comel dan bukannya hitam itu menawan. Yang penting, kedua pemberi award ni lagi comel okay.

Terima Kasih Daun Keladi.
Ada award lagi boleh share lagi.
:)


Adoiyay, aku sekali lagi menjadi nyanyuk. Sebabnya aku lupa nak habaq yang aku nak share award ni dengan semua followers aku. So ambil tau. Tak ambil aku tembak nanti. Hahak.


P/s : Maaf sekali lagi aku lambat publish al-kisah award ni.

Your Blog Is So Cantik Tahu?

Penemuan pertama.
Sesi soal jawab terjadi.
Mereka bercakap dalam loghat arab!


Soelan pertama
Im-mukmin : Berikan ene' satu "nick name" ente'.
Eya Nadia : Nick name ene' Nuts (kacang cap tangan tahu?)


Soelan kedua
Im-mukmin : Ucapan ente' untuk pemberi penghargaan ini.
Eya Nadia : Alhamdulilah. ( tersenyum lebar nampak gusi)
                     Ene' terkejut  diberikan ini penghargaan buat ene'. 
                     Blog ene' masih baru dan banyak lagi yang perlu dibaiki.
                     Dan Ene' ucapkan syukran. Ene' sangat bersyukur.


Soelan ketiga
Im-mukmin : Berikan ene' senarai enam artis kesukaan ente'.
Eya Nadia : Ini ene' kasi tahu yang the latest okay?
                     1) Maher Zain
                     2) Lisa Surihani
                     3) Gamaliel & Audrey Tapiheru
                     4) SHINee
                     5) Rainie Yang
                     6) Kim Kardashian


.....................................................................................................................................................


Tergeliat tak lidah nak sebut perkataan ene' dan ente'? Hahak saje je aku nak buat exercise lidah. Anyway aku nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kat Immukmin sebabnya dia lah orang pertama yang bagi award kat blog aku ni. 

Immukmin ni diantara followers terawal blog aku, dan dia ni seorang yang prihatin dan rajin singgah blog aku untuk tinggalkan komen mahupun bertanya khabar. Aku pun suka gak menyinggah ke blog dia baca cerpen-cerpen pendek yang dikarangnya secara berepisod. Tak rugi untuk diikuti. So nanti pergilah usha-usha. Kalau rasa nak aku temankan pergi jumpa dia, korang caling-calinglah aku. (ceh, macam real jerk) 


Inilah rupa blog dia. Boleh pergi jenguk lepas ni.


Pada aku blog aku ni tak de la lawa mane pun kan. Simple je. Janji boleh baca isi kandungannya dan menyedapkan mata orang-orang yang membacanya.Dan aku akan pertingkatkan lagi "Gaya, Mutu, & Keunggulan" blog aku ni. (amacam ada kenal ka sama ini tagline?)Hakhak

Aku sudah pun dengan jayanya menjawab tiga soalan yang diberikan.Berikutnya macam biasa aku kena Tag orang lain untuk berkongsi award ni dan dengan penuh berbesar hati aku bagi dekat semua followers aku yang lawa-lawa and hensem-hensem belaka ni. Sila ambil. Rezeki jangan ditolak okay?



Taaaaaraaaaaaaa....




Nilah rupa awardnya . 
Setelah aku edit sikit.
Mau  kasik cun ma.
Thanks again Immukmin.





P/s : Maaflah lambat publish. : )

Wednesday, November 17, 2010

Dari rambut ke hijab jumpalah Hana Tajima

Disuatu sudut penjuru bilik.
Sambil bermain catur.
Dan akhirnya.............


Ikuti dialog ini.
Antara Amoi Puteh dan Amoi Hitam.




" Wa lau eh, lama wa tala ada publish itu entry baru o kawan, so alang-alang wa sula manyak free ni, wa becelita sikit la tentang fesyen, lu mau dengar ka?" Kata Amoi Puteh

" Apa itu fesyen? Wa tala tau itu. Kusyen wa tahu,ruma sana ada manyak, lu mau kasi angkat satu? kawan punya hal free saja wa bagi." Kata Amoi Hitam

"Ai yaa apa kusyen pulak! Adoiyay (tetibe terselit dialog nabil) sudahla kawan, alang-alang lu memang tala tahu kan apa itu fesyen. So wa mau kasik tahu plus kasi lu kenal HANA TAJIMA." Kata Amoi Puteh membalas.

(Mengangguk -angguk  sambil tersengih excited)

" Okay bolehlah, janji aa jangan sampai wa tetido sudahlah. Lagi pula kan wa memang mahu cari itu ilmu baru punya. Bagi wa lasa up to dates sikit ma." Kata Amoi Hitam.

....................................................................................................................................................

Okay habis baca? Bagus. Sebenarnya saja je aku nak tepek dialog 2 amoi ni. Hahak. Aku akui sedikit sibuk kebelakangan ini. Nama pun tengah final exam kan so terpaksa melupakan bidang penulisan ni sementara waktu. Dan hari ni until next tuesday aku free tak de papers.

Tadi lepas mandi, aku dengar dari surau sayup-sayup takbir berkumandang. Hati siapa yang tak tersentap bagai ikan yang terkena umpan pada mata kail. Syahdu senandung semalam gak lah aku rasa. Sebabnya korang pun boleh agak kan.




Agak lama kot aku tidak pijak bumi kenyalang.(siapa tak tahu bumi kenyalang sila tanya cikgu sejarah balik okay) Raya Aidilfitri yang lepas pun aku tak balik. First time pulak tu raya dekat rumah membe. Aku ada lagi sedara mara kat Johor ni tapi cuma tak nak susahkan dorang semuakan. Sebelum aku lupa,(sebab aku selalu tak sengaja minum air ada semut,hahaha) aku nak ucapakan salam Aidiladha buat semua umat Islam. Semoga yang sambutan kali ini lebih bermakna buat aku dan korang semua.




Cakap pasal fesyen ni kan, memang aku suka. Kalau dulu lagi hebat fesyennya. Sekarang sudah slow sikit. Sebab aku yang inginkannya. Bila terkenang balik aku yang lama dengan fesyen yang berbagai tu aku rasa maku dan nak tergelak pun ada. Selalulah juga aku dok bercerita tentang kenangan lampau waktu aku tengah ngetop dekat kawan-kawan aku sekarang.Kah kah kah memang tak boleh blah.

Dulu aku ni free hair, sekarang hair aku kena beli dah. Eh tak delah, maksud aku dengan lebih jelas aku ni tak pakai tudung senang cerita. Rasa hebat sangatlah time tu. Rasa diri dan rambutku sangat berharga. Macam dialog iklan Loreal tu.

Part fesyen aku paling suka sudah tentu rambut. Aku memang rajin tukar style rambut. Konon-konon rasa dah jadi orang paling up to dates la katakan. Cakap je apa, style Justin Biebier,Rihanna,Agnes Monica,Ayumi Hamasaki,Kim Kardashian,dan lain-lain, aku memang tak pernah miss punya. Pantang artis muncul dengan gaya rambut baru.




Paling banyak aku buat style rambut pendek. Lebih kemas dan mudah urus. Kalau perm tu pernah sekali sajalah, sebabnya habis rosak rambut aku. Kembang dan kering plus kasar dah macam rambut  pontianak yang ready nak mengilai atas bumbung. (tiba-tiba meremang bulu roma aku).Termasuklah warna rambut. Mak cik aku siap cakap warna rambut aku macam bulu singa!




Hampeh. Bulu singa? Agagaga. Memang padan denagn muka aku kena cop macam tu. Konon berfesyen sangatkan. Aku dulu selalu cakap muka aku tak lawa bila berhijab. Aku marah bila hijab aku senget-senget, tak macam orang lain elok je. Aku pun selalu mengelak kalau nenek suruh pakai hijab bila nak kuar. Teruk kan? Rasenya dulu berapa je koleksi hijab aku. Paling banyak pun hijab sekolah je.

Ingat tak dulu ada fesyen hijab wardina, waheeda tengah hangat? Banyak orang sibuk nak belajar main belit-belit dekat kepala tu. Aku pun sama. Tapi tetap juga muka aku nampak tak lawa bagi aku la. Dan aku maintain dengan gaya yang sama dan paling suka ikat gaya reben bila mengenakan hijab. Sumpah macam makcik-makcik yang jual kuih pagi-pagi ex balak aku cakap.(nampak sangat dia lebih mementingkan kecantikan)




Sekarang usia aku sudah bertambah, kedut di muka juga bertambah (belum tahap nenek kebayan lagilah) dan banyak benda yang aku kena fikirkan. Pengalaman lalu mematangkan aku dan bagi aku pengajaran berguna untuk tidak mengulangi benda yang sama. Fesyen tetap fesyen cuma lebih diterhadkan dan perlu sedikit sentuhan ajakan paradigma. Salo tetap pergilah. Rambut tutup tapi kena jaga okay.


Aku sudah berhijab!

Ajaib. Aku sendiri terkejut budak degil dan kepala batu macam aku boleh berubah. Aku tentunya bersyukur sudah ada keinginan untuk tutup rambut yang berfesyen-fesyen up to dates kononnya.Sekarang dah ada keinginan nak beli majalah muslimah macam Dara.com. Dulu layan Popteen, C.L.E.O dan apa-apa entah majalah fesyen. Nak tengok yang dedah je, tutup tak nak. Ingat lelaki je ke suka tengok macam tu. Hahak.




Dari rambut ke hijab jumpalah Hana Tajima. Bergaya sungguh minah ni. Nama pun amik design kan. Dan dia masuk Islam beberapa tahun lepas. Still muda, dan banyak idea yang bernas dalam penghasilan benda kreatif dan berinovasi. Bagi inspirasi fesyen dekat aku. So tiada halangan dalam berfesyen asalkan tahu nak kena kan macam mana. Aku sudah temui gaya yang sesuai dengan kehendak dan tuntutan keatasku.


Aku suka style ni. Nampak macam lasak sikit.

Inilah pengorbanan aku. Dari yang kurang baik kepada yang lebih bermanfaat. Masa muda ni banyak cabarannya dan biarlah aku tak dapat nak rambut berfesyen dah asalkan aku tetao happy. Sedikit skema ayat aku. Aku berhijab tapi tetap orang yang sama. Si hati tisu tapi kuat membuli hahak. Lepas ni penorbanan yang harus buat,kenalah ubah perangai-perangai buruk yang bersaki baki ni.

P/s : Aku tidak berniat nak menyinggung perasaan mana-mana orang
         Ini hanyalah picisan aku membuat anjakan paradigma diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...