Saturday, June 4, 2011

MILLI & NATHAN


"Saksikan tayangan filem ini di pawagam berhampiran, occay!"
Untuk pengetahuan korang dialog ini hanya boleh didengar apabila korang buka siaran TV Indonesia je.


Mari aku cerita sikit sinopsis filem ni. Milli dan Nathan ni memang dari sekolah menengah saling suka sama suka. Nathan seorang yang skema manakala Milli seorang yang periang. Nathan ni selalulah membantu Milli dari segi pelajaran. Then, lepas habis sekolah menengah Nathan menyambung pelajarannya ke Universiti dekat Bandung yang memang dia idam-idamkan. Manakala si Milli pula belajar dekat Jakarta.

Nathan ni lepas masuk U dia minta putus hubungan dengan Milli dengan alasan nak fokus pada pelajaran. Milli pulak memang jenis tak minat nak belajar sebab dia nak fokus dalam bidang penulisan novel, dan dia pun berhenti belajar. Even mereka dah putus hubungan tapi mereka berdua ni still merindui satu sama lain.


One day, Milli ni berkunjung ke Bandung dan dia jumpa dengan Nathan. Sepanjang itu jugalah mereka berdua ni jadi mesra balik dan bila Milli balik ke Jakarta dia ingat yang Nathan ni nak sambung balik hubungan mereka kira kononnya dah couple baliklah. Tapi sebenarnya Nathan tak anggap macam tu pun dan ini mengecewakan Milli bila dia tahu.

Milli sudah pun ada BF baru saat novel pertama dia dilancarkan. Dan time nilah Nathan muncul balik dan minta declare dan cakap dia menyesal sebab buat Milli kecewa dan putuskan hubungan mereka. Tapi Milli macam dah tawar hati dengan Nathan sebab senang-senang nak datang dan pergi dalam hidup dia. Dan sudah tentu Milli rejectlah cinta Nathan tu.

Nathan akhirnya berjayalah tamatkan pengajian dia dekat U, Milli pulak sibuk menyiapkan novel kedua dia dan time tu Milli dah clash ngan BF dia. Nathan kembali ke Jakarta dan ditakdirkan jumpa balik dengan Milli dan mereka berhubung macam biasa dengan dilema hubungan yang tidak jelas akan komitmennya. Sehinggalah Nathan ni buat keputusan nak berkahwin dengan seorang wanita ni dan nak pindah Bandung. Bila Milli dapat tahu dia cuak dan rasa marah sangat. Nak tahu apa kesudahannya. Kita tunngu jelah nanti dekat Youtube :)


Aku adalah salah seorang yang kecewa sebabnya dekat Malaysia rasa macam tak ditayangkan kecuali ada orang yang nak komersialkan dekat sinilahkan. Aku dapat info filem ni selepas aku layan lagu "Kutemukan Penggantinya" nyanyian Winda. Ehem ehem actually encik boyfie aku yang post lagu ni dekat FB dia dan dia tujukan untuk aku. Auwwwwww, sweet la papa ni (ayat gedik aku). Heppppp korang jangan muntah dulu occay. Kebetulan dia sedang demam dan mengalami masalah sakit tekak yang agak serius maka tidak dapatlah dia nyanyikan untuk aku. Dan dia telah bermurah hati untuk menelefon aku hanya untuk suruh aku dengar lagu ni (konon2 dia yang nyanyi) Ecehhhhh.

Encik Boyfie

So, kalau ada sesiapa yang dalam hati dia ada taman macam aku ni sekarang bolehlah layan lagu tu "Kutemukan Penggantinya" by Winda. :) Encik Boyfie aku baru balik dari Jakarta dan Bali so maybe dia ada tertengok video ni saat dia menonton TV kot. 

P/S : Next post aku bagi lirik dan video lagu Winda ni. X sempat nak tepek sekali sebab nak balik bercuti . Happy holiday semua. Papai.

1 comment:

zacky ~786~ said...

cm xbest jer.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...